Page 127 - Buletin JSKM 2021
P. 127
126
dinamakan fasa penyingkiran. Graf ini biasanya berbeza mengikut individu walaupun untuk
rawatan ubat yang sama.
Rajah 2: Contoh graf kepekatan plasma mengikut masa (Cheah, et. al, 2020)
Rajah 3: Petikan farmakokinetik bagi Panadol ActiFast
(Website EMC, diakses pada Ogos, 2021)
Rajah 3 menunjukkan contoh sebahagian petikan farmakokinetik bagi Panadol ActiFast
(Website EMC, diakses pada Ogos, 2021). Dalam petikan ini, dinyatakan masa median kepada
kepekatan plasma (tmax) serta kadar penyerapannya. Pelbagai faktor dapat mempengaruhi kadar
penyerapan ubatan oleh tubuh manusia. Antaranya ialah sifat ubatan itu sendiri iaitu saiz
molekul, kadar keterlarutan darjah lipofilik, pemalar pemisahan asid (pKa) dan kestabilan
molekul. Ciri-ciri persekitaran juga boleh mempengaruhi kadar penyerapan ubat seperti pH
darah, aliran darah, kawasan permukaan, dan motilitas gastrointestinal (Clinical Pharmacy
Working Committee, 2019). Pada kebiasaannya, dos sesuatu ubat yang diberikan kepada
pesakit ditentukan oleh umur dan berat. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain
yang mempengaruhi penentuan dos tetapi jarang sekali digunakan antaranya ialah jantina, jenis
pekerjaan (pesakit yang bekerja dalam pekerjaan berat mungkin memerlukan dos yang lebih
besar daripada mereka yang duduk di meja sepanjang hari) dan jangkamasa rawatan (ubat yang
kerap diberikan mungkin memerlukan dos yang lebih kecil berbanding jika diberikan pada
selang waktu yang lebih lama). Fasa penyingkiran pula penting bagi menentukan masa dos
seterusnya boleh diambil bagi mengelakkan tubuh menerima dos yang berlebihan.
Kesimpulannya, amat penting untuk kita mematuhi peraturan pengambilan ubatan yang
telah ditetapkan supaya tujuan rawatan dapat dicapai tanpa mengakibatkan kesan bahaya
kepada tubuh. Kita juga harus yakin dengan maklumat yang telah dinyatakan dalam risalah

