Page 22 - Buletin JSKM 2021
P. 22

21




                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮

                  WEBINAR: KEBERSIHAN DIRI DAN KEDIAMAN KETIKA PANDEMIK COVID-19
                                                   Azlina Mohd Mydin















                       Tanggal 15 Febuari 2021, Unit 5S dari Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM
                Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk Kebersihan Diri Dan
                Kediaman Ketika Pandemik Covid-19. Tujuan utama webinar ini diadakan adalah untuk
                memberi pendedahan tentang tatacara kebersihan diri dan kediaman yang betul serta SOP yang
                perlu dijadikan panduan  ketika berdepan dengan situasi pandemik. Webinar ini terbuka kepada
                seluruh  warga  UiTM  Cawangan  Pulau  Pinang  dan  juga  orang  awam.  Webinar  yang
                dipengerusikan oleh Puan Siti Nurleena Abu Mansor telah dijalankan melalui platform Google
                Meet  dan  turut  dikongsi  secara  langsung  di  Facebook  rasmi  Jabatan  Sains  Komputer  dan
                Matematik.
                       Penceramah  bagi  webinar  ini  ialah  Dr  S.  Gunenthira  Rao  yang  merupakan  Ketua
                Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Beliau yang pakar dalam
                bidang perubatan kesihatan awam telah melayakkan diri beliau untuk menjadi penceramah
                jemputan bagi webinar ini. Cara penyampaian yang baik beserta demo penerangan SOP yang
                menarik telah menarik perhatian peserta webinar. Pelbagai tip penjagaan kebersihan diri dan
                kediaman  telah  dikongsi  oleh  Dr  S.  Gunenthira  Rao  serta  rakan  pasukannya.  Beliau  juga
                menerangkan  tatacara  yang  betul  untuk  menghubungi  pihak  kementerian  bagi  membuat
                pemantauan kebersihan di kawasan tempat kerja dan kediaman. Sesi bergambar turut diadakan
                di akhir webinar sebagai kenang-kenangan.
                       Webinar yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini telah disertai oleh 328 orang
                peserta di mana 108 peserta daripada platform Google Meet manakala 220 peserta daripada
                Facebook JSKM. Webinar ini berjaya dilaksanakan kerana mendapat kerjasama yang baik
                daripada  AJK program, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga para peserta.
                Penganjur telah menerima maklumbalas yang positif daripada para peserta di mana peserta
                mencadangkan  webinar  seperti  ini  dapat  diteruskan  pada  masa  akan  datang  agar  dapat
                meningkatkan lagi pengetahuan tentang tatacara SOP ketika negara dilanda pandemik.


















                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27