Page 23 - Buletin JSKM 2021
P. 23
22
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: PEMBAYARAN ZAKAT EMAS
Azlina Mohd Mydin
Pada 10 Febuari 2021 yang lalu, satu webinar yang bertajuk Pembayaran Zakat Emas
telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pembayaran
zakat serta mendedahkan cara pengiraan zakat emas yang mudah. Webinar ini terbuka untuk
semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang awam. Webinar yang dipengerusikan
oleh Puan Siti Nurleena Abu Mansor telah dijalankan melalui platform Google Meet dan turut
dikongsi secara langsung di Facebook rasmi Jabatan Sains Komputer dan Matematik.
Webinar ini disampaikan oleh Ustaz Azhari bin Ahmad yang merupakan Pegawai
Pengurus Bahagian Dakwah Am Zakat di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. Ustaz Azhari
mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan zakat. Dalam
webinar ini, beliau mejelaskan tentang hukum, faedah dan kelebihan membayar zakat emas.
Beliau juga menunjukkan kaedah pengiraan dan cara pembayaran zakat emas yang
berlandaskan syarak. Webinar ini telah dijalankan selama 1 jam 30 minit di mana 1 jam
diperuntukkan untuk sesi perkongsian maklumat, manakala 30 minit diperuntukkan untuk sesi
soal jawab. Seramai 98 peserta telah direkodkan mengikuti webinar ini melalui Google Meet
dan 120 peserta pula melalui Facebook JSKM. Webinar ini berjaya dilaksanakan dengan baik
hasil usaha sama daripada AJK program serta berjaya meraih maklumbalas yang positif
daripada para peserta. Ini dapat dilihat melalui komen beberapa peserta yang mencadangkan
agar webinar sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka dapat
meningkatkan pengetahuan am tentang ilmu zakat yang menjadi fardhu ain ke atas setiap umat
Islam.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────

