Page 27 - Buletin JSKM 2021
P. 27

26





                ╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
                                    PROGRAM CANTAS GAGAL (PROCAGA) 2021
                                             Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri


                       Pada 9 April 2021, satu program pembangunan pelajar yang diberi nama PROGRAM
                CANTAS  GAGAL  (PROCAGA)  2021  telah  diadakan  untuk  20  pelajar  Diploma
                Kejuruteraan  Awam  yang  telah  gagal  Calculus  I  (MAT183)  pada  semester  sebelum  ini.
                Program ini ialah program kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Jabatan
                Sains  Komputer  dan  Matematik  (JSKM),  UiTM  Cawangan  Pulau  Pinang.  Program  ini
                bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas  Matematik  kepada pelajar
                yang  terlibat.  Di  samping  itu,  ia  bertujuan  untuk  membimbing  pelajar  tersebut  memahami
                kaedah Matematik dengan lebih efisien dan pantas.
                       PROCAGA telah dibimbing oleh tujuh orang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah
                Matematik dari JSKM. Corak PROCAGA ialah membahagikan 20 pelajar tersebut kepada
                beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan kecil telah dibekalkan dengan sebuah modul.
                Pelajar perlu menjawab modul tersebut dengan bimbingan fasilitator. Selepas itu, pelajar diarah
                menjawab  kuiz  yang  diberikan  secara  atas  talian  di  mana  kuiz  tersebut  disediakan  oleh
                fasilitator  itu  sendiri.  Diharapkan  program  ini  dapat  membantu  pelajar  menguasai  asas
                Matematik  dengan  lebih  baik  dan  seterusnya  mampu  menaikkan  semangat  pelajar  bagi
                memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang dijadualkan pada akhir
                Julai 2021.






































                ─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32