Page 46 - Buletin JSKM 2021
P. 46

45




                                             APA ITU AL - HAD KIFAYAH
                                      Saiful Nizam Warris dan Muhammad Che Saad
                Had  al-kifayah  merupakan  kayu  pengukur  antara  mereka  yang  perlu  membayar  zakat  dan
                mereka  yang  berhak  menerima  zakat.  Had  al-kifayah  juga  merupakan  mekanisme  dalam
                menentukan  keperluan  harian  atau  bulanan  sesebuah  rumah.  Asas  kepada  penentuan  had-
                kifayah melihat kepada pelbagai sudut atau pembolehubah seperti uruf masa dan tempat serta
                bilangan ahli isi rumah. Had al-Kifayah secara umumnya adalah kadar keupayaan ekonomi
                yang  selayaknya  bagi  menjamin  kelangsungan  kehidupan  seseorang  individu  serta  mereka
                yang  di  dalam  tanggungannya.  Ia  bukan  sekadar  had  minimum  semata-mata  tetapi  ia
                menjangkaui  persoalan  tahap  yang  selayaknya  bagi  memastikan  kelangsungan  kehidupan
                seseorang serta tanggungannya.

                Elemen – elemen yang tergolong dalam had kifayah menurut beberapa kitab fiqh yang utama,
                ialah:

                   •  Pakaian                                       •  Kuda
                   •  Makanan dan Minuman                           •  Kitab-kitab
                   •  Tempat tinggal, kelengkapan rumah             •  Alat-alat     pertukangan      dan
                       dan  orang  gaji  bergantung  kepada            kemahiran
                       kelayakan.                                   •  Nikah


                Berikut adalah beberapa elemen baharu yang mungkin boleh dikategorikan dalam had kifayah
                pada masa kini ialah:
                   •  Perawatan dan Perubatan                       •  Alat komunikasi

                   •  Pendidikan di sekolah dan universiti          •  Peralatan komputer dan laptop
                   •  Kereta                                        •  Peralatan rumah


                Kepentingan had al-Kifayah:
                   •  Instrument untuk menentukan status kelayakan asnaf faqir dan miskin.
                   •  Boleh mengenalpasti sama ada layak mendapat zakat atau sebaliknya.
                   •  Mengelakkan kesilapan agihan harta zakat kepada yang bukan asnaf faqir dan miskin
                   •  Membantu menentukan kadar yang diperlukan ketika agihan zakat dilakukan.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51