Page 44 - Buletin JSKM 2021
P. 44

43




                                              KHASIAT HEMPEDU BUMI
                                            FADZILAWANI ASTIFAR ALIAS


















                                                                         Foto Kredit dari mysihat.com

                       Hempedu  bumi  atau  nama  saintifiknya,  Andrographis  paniculata  dikatakan  herba
                paling pahit. Tahap kepahitannya membuatkan tumbuhan itu digelar ‘raja herba pahit’. Herba
                ini juga senang ditanam dan sebagaimana yang dijelaskan oleh Global Information Hub On
                Integrated Medicine pada tahun 2016, pokok hempedu bumi mempunyai ketinggian 30 – 100
                cm.
                       Sebaliknya, daunnya berpasangan dan berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau
                muda di bawah permukaannya serta mempunyai panjang 10 cm. Seterusnnya, bunganya kecil
                dan  mempunyai  rambut  berwarna  ungu.  Sebenarnya,  khasiat  hempedu  bumi  atau  dikenali
                dengan panggilan 'akar cerita' bukanlah satu penemuan baharu. Ia digunakan secara tradisional
                oleh pelbagai masyarakat sejak turun-temurun. Berikut merupakan pelbagai khasiat yang boleh
                didapati daripada herba ini.
                 KHASIAT                  PENERANGAN
                 1. Penyejuk Badan ketika    herba yang pahit ini mempunyai bahan penyejuk untuk menghilangkan
                     Demam                panas badan semasa demam.
                 2. Mengawal Tekanan      daun hempedu bumi juga membantu dalam menstabilkan tekanan darah
                     Darah Tinggi         tinggi yang boleh menyebabkan masalah jantung.
                 3. Mengelakkan Kram      daun hempedu bumi juga dapat memulihkan kram perut yang dikenali
                     Perut                sebagai kolik usus penyebab sakit perut, susah buang air besar, muntah
                                          dan penurunan nafsu makan.
                 4. Mengubati Selesema    daunnya  juga  boleh  mengubati  selesema  yang  terjadi  gara-gara
                                          dijangkiti virus influenza yang mengganggu saluran pernafasan.
                 5. Mencegah berlaku      pucuk hempedu bumi mampu mencegah penyakit kanser seperti mana
                     Kanser               dinyatakan oleh Ekta dan rakannya pada tahun 2019.
                                          Sehubungan  dengan  itu,  dalam  penulisan  di Bulk  Supplement pada
                                          tahun  2020  menunjukkan  bahawa  ia  dapat  menghentikan
                                          perkembangan sel barah  payudara, paru-paru dan kulit.
                 6. Mencegah Kencing      membantu pesakit kencing manis dengan menstabilkan fungsi hati.
                     Manis
                 7. Memperbaiki Fungsi    komponen  Andrographolide  yang  ada  pada  daunnya  dapat  menjaga
                     Hempedu              fungsi organ seperti hempedu dan ini sungguh menarik kerana ia selaras
                                          dengan nama hempedu bumi.
                 8. Meningkatkan Imuniti   Tingmin Koe pada tahun 2020 telah melaporkan bahawa ahli-ahli sains
                                          telah menjalankan kajian ekstrak dari hempedu bumi dan mendapati ia
                                          berpotensi mengimbangkan imuniti dengan menaikkan kadar sel.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49