Page 2 - BULETIN
P. 2
DARI MEJA PENAUNG
MAJLIS PERHUBUNGAN GURU SARJANA
DAERAH JOHOR BAHRU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
SYABAS ! Saya ucapkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perhubungan
Guru Sarjana Daerah Johor Bahru yang berjaya menerbitkan E-Bulletin khas
untuk ahli-ahli dan juga warga pendidikan amnya.
Penerbitan E- Bulletin ini membuktikan bahawa MPGSJB telah mengambil satu
inisiatif yang bersungguh dalam menyediakan platform kepada guru-guru sarjana
di daerah ini untuk berkongsi ilmu mereka melalui artikel-artikel yang berimpak
tinggi dalam disiplin masing-masing. Adalah menjadi satu kerugian besar kepada
warga pendidikan seandainya ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan tidak
disebarluaskan. Dengan kecanggihan teknologi komunikasi masakini, E-Bulletin
MPGSJB mampu dikongsikan melalui semua medium yang sedia ada secara maya.
Peranan MPGSJB untuk menyatukan semua guru sarjana di bawah satu bumbung
menjadi realiti dengan sokongan yang padu. Pelbagai aktiviti telah dirancang
melalui biro-biro yang telah ditubuhkan bertujuan melibatkan guru-guru sarjana
bergerak aktif. Seminar MPGSJB yang telah berlangsung baru-baru ini mendapat
sambutan yang luarbiasa dan menjadi indikator bahawa MPGSJB mampu untuk
mengorak langkah lebih jauh dan berupaya untuk menganjurkan lebih banyak
forum-forum pendidikan di pelbagai peringkat. Walaupun kita berada dalam situasi
yang agak mencabar dan tertekan akibat COVID-19, namun segala perancangan
tetap dilaksanakan untuk memastikan guru-guru sarjana sentiasa bermotivasi tinggi
dan bersedia untuk mengambil bahagian aktif dari lokasi masing-masing.
Selaku Penaung MPGSJB saya sedia menghulurkan apa jua bantuan untuk
memastikan kelancaran organisasi ini. Pelantikan Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Sektor Pengurusan Sekolah dan School Improvement Partners SIP+
sebagai Penasihat MPGSJB membuktikan kesungguhan PPD Johor Bahru
menjayakan agenda memperkasa guru-guru sarjana dalam Daerah Johor Bahru.
TAHNIAH !
ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH JOHOR BAHRU

