Page 6 - BULETIN
P. 6

PROGRAM MEMBACA DAN PENYERAHAN

                                        SUMBANGAN
            UNTUK KELUARGA TERKESAN COVID-19








          “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, pepatah Melayu

          yang tidak asing lagi kepada kita di mana seringkali kita dengar
          sejak dibangku sekolah lagi. Begitulah sungguh dekatnya

          pepatah ini dihati kita. Baru-baru ini ahli jawatankuasa Majlis
          Perhubungan Guru Sarjana, JB (MPGSJB)                            telah berganding
          bahu          memikul        satu     tanggungjawab            untuk       membantu

          menghulurkan bantuan kepada 30 ahli keluarga B40 terkesan
          COVID-19 pada 18 Oktober 2020 bertempat di SMK Tun Syed

          Nasir Ismail.        Seperti yang kita sedia maklum, gejala COVID
          telah melanda negara dan banyak pihak terkesan dengannya.
          Golongan yang dibelenggu dengan kesukaran telah mendapat

          perhatian oleh pelbagai pihak termasuklah “Cikgu Karl” selaku
          Naib Pengerusi MPGSJB yang begitu prihatin dengan nasib

          mereka.

               Cikgu Karl atau nama sebenar Muhammad Azali Kalki Bin
          Abdullah merupakan seorang pendidik daripada SK Nusantara.

          Beliau juga adalah pemegang Certified Professional Trainer –
          TTT German Malaysian Institute (HRDF/PSMB ) Ministry of
          Human Resources Associate Member Malaysian Professional

          Speakers, tokoh “Sejarah Setempat Negeri Johor” (Buku Teks
          Sejarah Tahun 4 Kementerian Pendidikan Tahun 2020), penulis

          buku “KEYAKINAN ADALAH KUASA”, “Antologi Bintang Hati
          DBP”, dan “Antologi Tebaran Derita”. Selain itu, beliau telah
          menyampaikan lebih 750 ceramah “Anti Dadah & Motivasi”

          sejak 1990 -2020.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11