Page 7 - BULETIN
P. 7
Program ini adalah hasil cetusan idea
beliau dengan kerjasama Puan Hajah
Salleha Abdul Kahar (Penasihat
MPGSJB) di mana mereka telah
berjaya menggunakan kepakaran
yang ada iaitu kepakaran AJK-AJK
Guru Sarjana untuk menggerakkan
program ini. Sebelum program ini
dilaksanakan, dua mesyuarat telah
dijalankan bagi membentuk AJK
Pelaksana, membuat kertas kerja dan
membincangkan perjalanan aktiviti.
Guru yang berdedikasi iaitu Rafedah
Binti Othman telah meminta
kebenaran daripada pengetua
sekolah beliau bagi membantu
golongan terkesan di sekolahnya.
Program ini adalah hasil kerjasama dua biro iaitu Biro
Book Club dan Biro Kebajikan. Program dijalankan serentak pada
hari yang sama. Tujuan program secara tersurat adalah untuk
memupuk sifat gemar membaca. Beberapa aktiviti berkaitan dengan
aktiviti membaca. Tiga aktiviti dijalankan iaitu aktiviti membuat
rumusan, aktiviti mencari maksud perkataan dan aktiviti “book
review”. Sebuah artikel yang menarik dipilih bagi mencetuskan
minat membaca dan seterusnya membolehkan murid-murid untuk
belajar tentang kandungan bahan bacaan secara terperinci.
Manakala tujuan tersirat adalah untuk memupuk keyakinan diri
terutama bagi anak-anak B40.
Segala program yang dicadangkan telah berjaya
dijalankan walaupun guru-guru terpaksa mengorbankan masa dan
tenaga kerana mereka percaya amanah yang diberikan perlu digalas
dengan penuh tanggungjawab. Semoga program ini akan
diteruskan untuk kepentingan semua pihak dan menjadi contoh
kepada semua.

