Page 15 - BUKU MNT MSY AGUNG KE28 TEST
P. 15

Mesyuarat Agung PIBG KVSA Ke-28

                             Tarikh :  29 -31 Oktober 2018
                             Tempat : Universiti Kuala Lumpur , Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Hi-

                             Tech Park, Kedah.
                             Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, PITSCO Education

                             dan World of Robotics National Championship (WRC).

                      2.2.3  Program Pengantarabangsaan Beijing Tahun 2019.

                             Tarikh : 20 -26 Oktober 2019.
                             KVSA  telah  bekerjasama  dengan  KV  Kuala  Selangor  dan  KV  Lebuh  Cator,    telah
                             menganjurkan program ini ke Beijing Information Management School (West Gate) dan

                             Changping Vocational School yang menawarkan kursus-kursus kemahiran dan teknikal
                             yang sepadan dengan program ICT di Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA).  Lawatan ini
                             dianjurkan untuk pertukaran dan perkongsian idea tentang perlaksanaan TVET di Malaysia

                             dan  China,  memberi  pendedahan  dan  motivasi  kepada  pelajar  dan  pensyarah  untuk
                             mempelajari teknologi dan kemahiran teknikal.


                      2.2.4  Persediaan dan  Pertandingan Worldskills Belia Malaysia (WSMB).
                             Tarikh latihan : 1-3 Ogos 2018

                             Tempat latihan : Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan ( CIAST ).
                             Seorang  pelajar  dari  Program  Teknologi  Sistem  Komputer  dan  Rangkaian  iaitu  Aqif
                             Naqiuddin Bin Norazmi telah mendapat kelayakan masuk dan  latihan  persediaan  untuk

                             pertandingan di bawah seliaan Pn. Azryna Azlen bt Mohd Nordin.


                      2.2.5  Minggu Inovasi Peringkat Kolej
                             Tarikh : 9 hingga 11 April 2019
                             Minggu Inovasi bertujuan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan warga KVSA.

                             Antara aktiviti yang dijalankan ialah Student Ideation, Running Man, Inovasi Kitar Semula,
                             Guru Paling Inovatif dan Kajian Tindakan dan Inovasi dalam PdPc.


                      2.2.6  Program Minggu Persediaan OJT 2019
                             Tarikh : 2-4 Januari 2019

                             Tempat : Dewan Alam Sarjana  KVSA
                             Peserta : Pelajar 2DVM
                             Taklimat OJT dilaksanakan bertuj

                             uan memberi pendedahan dan persediaan kepada pelajar apabila memasuki program OJT.
                             Beberapa agensi dipanggil untuk memberi taklimat antaranya Syarikat Insuran Takaful,
                             KWSP, Gaya Pintar Motivation dan MTM Elantara.


                                                                                                          15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20