Page 16 - BUKU MNT MSY AGUNG KE28 TEST
P. 16
Mesyuarat Agung PIBG KVSA Ke-28
2.2.7 Program OSH@TVET KVSA 2019.
Tarikh : 19/2/2019
Program ini bertujuan untuk memastikan bakal pekerja/pelajar di pusat latihan TVET
dilengkapi dengan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan ( KKP) sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
2.2.8 Pertandingan KV Skills Peringkat Zon Tengah.
Tarikh : 20-23 Ogos 2019.
Pertandingan ini dapat mempertingkat dan memantapkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar KVSA dalam bidang pemesinan dan 3D design serta memberi peluang dan ruang
untuk pelajar menonjolkan diri dalam bidang yang dipelajari.
2.3 Program Kokurikulum
2.3.1 Karnival Voktek Zon Tengah
Tarikh : 12 – 17 Julai 2019
Karnival ini dianjur oleh pihak BPTV dimana PIBG telah menaja yuran penyertaan dan
perbelanjaan pelajar yang mewakili kolej ke Karnival Sukan Voktek Zon Tengah yang
telah diadakan di Kolej-Kolej Vokasional di Zon Tengah. Tujuan karnival ini diadakan
adalah bagi mengintegrasi antara pelajar-pelajar kolej Zon Tengah, di samping memupuk
semangat kesukanan dalam kalangan mereka.
2.3.2 Karnival Voktek Kebangsaan 2019.
Tarikh : 12 – 17 Julai 2019
Tempat : Universiti Tun Hussin On ( UTHM ) Batu Pahat, Johor.
Pasukan Ragbi dan Sepak Takraw KVSA telah layak ke pertandingan peringkat
kebangsaan ke karnival ini yang dianjur oleh pihak BPLTV. PIBG telah memberikan
sedikit sumbangan bagi memotivasikan pelajar dan pemain dalam mewakili zon tengah ke
peringkat kebangsaan.
2.3.3 Program Karnival KVSA 2019
Tarikh : 3 – 5 September 2019
Tempat : KVSA
Program Karnival KVSA menggabungkan 6 program iaitu Hari Koperasi, Hari
Keusahawanan, Hari Keusahawanan, Minggu Kerjaya dan Kokurikulum, Disiplin serta
Sambutan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti dirangka untuk pelajar bagi meningkatkan
kecemerlangan pelajar ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya maju
16

