Page 17 - BUKU MNT MSY AGUNG KE28 TEST
P. 17
Mesyuarat Agung PIBG KVSA Ke-28
2.3.4 Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform KV/SMT Peringkat Kebangsaan
Tarikh :17- 21 September 2019
Tempat : Kem Semarak, Tg Gosong, Pekan Pahang.
Seramai 15 orang pelajar KVSA telah terpilih untuk mewakili Zon Selangor & Kuala
Lumpur untuk Menyertai Perkhemahan. Perkhemahan ini dapat membina sahsiah, jati diri
dan keyakinan diri pelajar sesuai dengan persekitaran masa kini.
2.3.4 Pertandingan Gasing Remaja Selangor Tahun 2019.
Tarikh : 23 – 24 Mac 2019
Tempat : Gelanggang Gasing Kampung Labuhan Dagang.
Penyertaan dari Ahli Kelab Gasing KVSA. Objektif penyertaan adalah untuk
mengembangkan lagi bakat dan kemahiran pemain serta pendedahan kepada sukan
traditional.
2.3.5 Kejohanan Ragbi 15s Peringkat Kebangsaan.
Tarikh : 23 Nov – 25 Nov 2018
Kejohanan peringkat kebangsaan bertempat di Arau perlis dan telah memenangi Johan
Plate. Peruntukan bagi pasukan ragbi telah dirancang dibawah Program di Champion.
2.4 Program Hal Ehwal Pelajar (HEP)
2.4.1 Pembayaran Bil Tahunan Internet Unifi
Tarikh : Sepanjang tahun.
Bantuan ini disalurkan kepada Unit ICT sekolah bagi menjelaskan bil Unifi untuk
kegunaan pelajar.
2.4.2 Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar KV Shah Alam.
Tarikh : 27 Februari 2019
Pilihanraya ini adalah satu medan untuk para pelajar memilih pemimpin pelajar yang
berpotensi dalam menjaga kebajikan dan membangunkan sahsiah pelajar. Proses undian
secara ini juga dapat membolehkan suara pelajar didengar disamping mengamalkan sistem
demokrasi.
2.5 Program Asrama
2.5.1 Lawatan Penandaaras Program Kolej Kediaman 3 Bintang
Tarikh : 26 Julai 2019
Tempat : Kolej Kediaman, Kolej Vokasional Kuantan.
17

