Page 4 - FINAL hantar dalam group
P. 4

1.0    PENGENALAN

                      1.1     Latar Belakang Daerah Klang

                       Asal usul nama daerah Klang adalah daripada bahasa Mon-Khymer yang bermaksud
                       “klong”.  Klong  didefinisikan  sebagai  gudang.  Klang  dianggap  sebagai  pelabuhan
                       kerana mempunyai banyak gudang. Ada yang menyatakan Klang bermaksud “terusan”
                       atau  jalan  air.  Pendapat  ini  dipersetujui  kerana  Klang mempunyai banyak jalan air
                       seperti anak-anak sungai, antaranya Sungai Klang,  Sungai  Bertek,  Sungai  Pinang,
                       Sungai Sementa, Sungai Agas, Sungai Kandis, Sungai Binjai, Sungai Kapar, Sungai
                       Jati, Sungai Aur, Sungai Rasau dan Sungai Putus. Nama-nama sungai ini terus kekal
                       sehingga  ke  hari  ini.  Pembangunan  daerah  Klang  dapat  dilihat  kepada  bandar  di
                       dalamnya seperti Port Klang, Kapar, Pandamaran, Meru dan Bandar Sultan Sulaiman
                       yang merupakan nadi kepada aktiviti sektor perkhidmatan logistik dan pelabuhan serta
                       perkilangan di Selangor. Dengan keluasan 632 kilometer persegi dan jumlah penduduk
                       seramai 1.04 juta orang (Jabatan Perangkaan Negeri Selangor (DOS) 2019), daerah
                       Klang menjadi pilihan penduduk untuk tinggal  dan berulang-alik ke tempat kerja di
                       Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

                       Daerah ini ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran  Klang
                       dan  Majlis  Bandaraya,  Shah  Alam.  Klang  merupakan  antara  bandar  yang tertua  di
                       Malaysia. Kota Raja Mahadi yang terletak berhampiran bangunan Majlis Perbandaran
                       Klang adalah antara peninggalan sejarah yang dijadikan benteng pertahanan yang
                       penting bagi mengekang kemaraan musuh semasa tercetusnya perang saudara suatu
                       ketika  dahulu.  Sebagai  daerah  yang  berkepadatan  penduduk  yang  tinggi  dengan
                       majoriti beragama Islam, banyak masjid telah didirikan dalam daerah ini, antaranya
                       ialah  Masjid  Bandar  Diraja  Klang.  Masjid  Bandar  Diraja  Klang  yang  hanya
                       bersebelahan sahaja dengan Sungai Klang yang mempunyai seni bina yang menarik
                       dan menjadi tempat kunjungan orang ramai terutama peminat fotografi. Dari jauh lagi,
                       masjid  ini  dapat  dikenali  pasti kerana kilauan kubahnya  yang  berwarna keemasan
                       sangat kontra  berbanding  bangunan  lain  di  sekelilingnya  dan  mempunyai  menara
                       masjid yang sangat tinggi.

                       Bagaimanapun banyak bahan sejarah yang terkubur akibat perubahan arus dan masa.
                       Salah satunya ialah ada sumber mengatakan Kota Raja Mahadi terletak di atas puncak
                       bukit ini dilengkapi dengan terowong yang boleh menembusi ke Sungai Klang. Namun
                       lorong tersebut kini telah tertimbus.Daerah Klang (dahulunya dikenali sebagai Kelang)
                       dikenali sebagai Bandar DiRaja, merupakan salah sebuah bandar yang terbesar di
                       dalam  jajahan  Negeri  Selangor.  Bandar  ini  pernah  menjadi  Ibu  Negeri  Selangor
                       sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat
                       Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. Daerah Klang terdiri
                       dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya
                       Shah Alam.

                       Secara umumnya, Daerah Klang telah dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu:-

                       i.      Kapar Barat;
                       ii.     Kapar Timur;
                       iii.    Klang Barat;
                       iv.     Klang Timur; dan
                       v.      Pulau Indah.












                                                                                                  Muka Surat 1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9