Page 8 - FINAL hantar dalam group
P. 8
2.0 PERANCANGAN STRATEGIK
2.1 Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan
2.1.1 Visi
Pihak Berkuasa Veterinar Yang Kompeten Berkhidmat Untuk Industri
Haiwan Demi Kesejahteraan Manusia.
2.1.2 Misi
Menyediakan Perkhidmatan Veterinar Yang Berkualiti Bagi Menjamin
Kepentingan Kesihatan Awam Dan Industri Haiwan Yang Mapan Demi
Kesejahteraan Haiwan.
2.1.3 Objektif Jabatan
i. Memperkasa Dan Mengekalkan Status Kesihatan Haiwan Yang
Diyakini Lagi Kondusif Untuk Industri Haiwan.
ii. Mempastikan Kesihatan Awam Melalui Kawalan Penyakit
Zoonotik Dan Penghasilan Makanan Berasaskan Haiwan Yang
Bersih Dan Selamat.
iii. Menggalakkan Pengeluaran Ternakan Mapan Dan Industri
Tambah Nilai.
iv. Meneroka, Membangun Dan Menggalakkan Penggunaan
Teknologi Dan Sumber Secara Optimum Dalam Industri
Berasaskan Haiwan.
v. Menganjurkan Amalan Kebajikan Haiwan Dalam Aspek
Pemeliharan Dan Sistem Pengeluaran.
2.1.4 Piagam Pelanggan
i. Segala Kemusykilan Dan Pertanyaan Pelanggan Akan Dilayan
Dengan Mesra Dan Diberi Jawapan Pada Hari Yang Sama.
ii. Memberi Khidmat Nasihat Dan Perundingan Kepada Cadangan-
Cadangan Projek Ternakan Yang Dirujuk Dalam Tempoh 14 Hari.
iii. Memberi Data Dan Maklumat Industri Ternakan Serta
Perundangan Yang Berkaitan Setepat Yang Mungkin Dalam Hari
Yang Sama Dipohon Bagi Maklumat Sediada, Dan 7 Hari Bagi
Maklumat Yang Baru.
iv. Melayani Dan Menjawab Semua Aduan–Aduan Dan Pertanyaan
Rasmi Dalam Tempoh Tidak Lebih Daripada 14 Hari Dari Tarikh
Terima Aduan Tersebut.
v. Proses Untuk Pembayaran Akan Dilaksanakan Dalam Tempoh
14 Hari Bekerja Dari Tarikh Invois Yang Telah Lengkap Diterima.
2.2 Fungsi dan Tanggungjawab Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
2.2.1 Kesihatan Veterinar
i. Mengesan, Mengawal Dan Membasmi Penyakit Ternakan Dan
Zoonosis.
Muka Surat 5

