Page 7 - FINAL hantar dalam group
P. 7
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor telah menyelaraskan waktu operasi
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Klang adalah seperti ketetapan berikut-
Jenis Urusan Hari Waktu Operasi
Isnin, Selasa
Dan Khamis 8.30 Pagi – 12.00 Tengahari
Temujanji Pemandulan
Rabu
Klinik Veterinar / Rawatan Haiwan Sahaja
Kesayangan Jumaat 8.30 Pagi – 11.30 Pagi
Sabtu / Ahad /
Cuti Umum Tidak Beroperasi/Tutup
Urusan Di Kaunter Pejabat Isnin Hingga 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Khamis * Waktu Rehat 1.00 Petang – 2.00 Petang
Aduan Rawatan Lapangan
Pemohonan Permit Pemindahan
8.00 Pagi – 5.00 Petang
Ternakan Jumaat * Waktu Rehat 12.15 Tengahari – 2.45 Petang
Khidmat Nasihat
Permohonan Bantuan
Perlesenan Ladang Ungags Sabtu / Ahad / Tidak Beroperasi/Tutup
Semua Urusan Pentadbiran Cuti Umum
Bagi tahun 2020, jadual waktu sementara telah dikeluarkan oleh pihak Pengurusan
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Klang selaras peraturan yang dikeluarkan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
berikutan Perintah Kawalan Pengerakan bagi membendung jangkitan pandemik
COVID-19. Susulan perkara tersebut, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan awam telah
mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam, Edaran Pekeliling dan surat Edaran
sebagai panduan dan tatacara menjalankan operasi permis kerajaan, kawalan
pergerakan kakitangan bertugas serta garis panduan yang wajib dipatuhi oleh semua
pejawat awam sepanjang tempoh arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN).
Secara tidak langsung, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Klang telah melakukan
kawalan operasi pejabat dan klinik dan mengeluarkan jadual arahan bertugas bagi
tempoh yang disarankan. Makluman kepada pihak awam terutamanya pelanggan di
Klinik Kesayangan dan penternak di Daerah Klang telah diedarkan dan diwarkan
melalui panggilan telefon, paparan fizikal di pejabat dan pintu masuk pejabat serta di
laman sesewang Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Klang.
Antara informasi yang dikongsikan kepada awam di Daerah Klang adalah Waktu
Berurusan dan Operasi Pejabat/ Klinik, Pengurusan Permit Permindahan Ternakan,
Surat Kebenaran Penternak serta pematuhan S.O.P Kementerian Kesihatan kepada
pelanggan ketika berurusan di pejabat ini.
Muka Surat 4

