Page 6 - FINAL hantar dalam group
P. 6
1.2 Latar Belakang Pejabat Perkhidmatan Veterinar Derah Klang
Sebelum tahun 1995, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Klang dikenali
sebagai Pejabat Perkhidmatan Haiwan (PHD) Klang adalah dibawah gabungan
pengurusan pentadbiran Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Klang Dan Daerah
Kuala Selangor.
Perkhidmatan Haiwan Daerah Klang hanya beroperasi secara rasmi pada tahun 1965
bertempat di Kompleks Lama Pejabat Kerajaan Klang di Jalan Klang. Pada tahun 1969
penyelarasan Pusat Haiwan Kecil di bawah Pejabat Perkhidmatan Haiwan Klang bagi
memantap dan meluaskan perkhidmatannya di daerah, dua buah Pusat Haiwan Kecil
telah dibuka iaitu :-
i- Pusat Haiwan Kecil Kapar
ii- Pusat Haiwan Kecil Pulau Indah
Pada tahun 1999, Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Klang telah berpindah ke
bangunan baru iaitu di Jalan Haiwan, Pelabuhan Klang bagi menempatkan operasi
pejabat yang lebih besar dan selesa bagi memenuhi keperluan semasa dan akan
datang. Penubuhan pusat-pusat tersebut serta pembinaan bangunan baru telah
melengkapkan rangkaian kemudahan perkhidmatan Veterinar di Daerah Klang.
Pada sekitar tahun 2008, secara rasmi semua semua nama Pejabat Perkhidmatan
Veterinar telah ditukarkan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar secara
berperingkat di Negeri Selangor.
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Klang beroperasi seperti pejabat-pejabat lain
di bawah seliaan kerajaan di Negeri Selangor iaitu dari hari Isnin sehingga hari Jumaat
sahaja kecuali terdapat majlis rasmi ataupun aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
pada hari cuti hujung minggu dan lain-lain cuti am berdasarkan arahan semasa oleh
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor berpandukan arahan Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.
Muka Surat 3

