Page 17 - Buku Log KRS
P. 17
Sistem Fail
Sistem fail yang dikemas kini dan teratur merupakan satu keperluan bagi
menyimpan rekod-rekod, dokumen-dokumen penting persatuan, catatan dan
keputusan yang telah dilaksanakan. Tujuan sistem fail adalah supaya sesuatu rekod
mudah dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa, maklumat dan rekod tidak
hilang, mudah disediakan dan disimpan. Sistem fail yang sistematik dapat menambah
kecekapan mentadbir dan mengurus sesuatu persatuan dan membuat rujukan
apabila perlu.
Ciri-ciri sistem fail:
Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila
diperlukan.
Sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan difahami serta tidak
mengelirukan.
Sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi. Contohnya,
sesebuah organisasi memerlukan sistem fail pusat atau sebaliknya.
Sistem fail boleh diubahsuai jika perlu, mengikut kehendak dan keadaan
organisasi. Pengubahsuaian bermaksud membesar dan mengecilkan sistem
fail.
Sistem fail perlu menggunakan ruang yang seminimum mungkin.
Pakaian Rasmi KRS
Lelaki Perempuan
Beret berwarna Sherwood Dark Green Beret berwarna Sherwood Dark Green
Baju kemeja labuh paras bawah
Baju kemeja lengan panjang Sherwood
punggung, berlengan panjang dan
Dark Green
warna Sherwood Dark Green
Seluar panjang warna Sherwood Dark Seluar panjang warna Sherwood Dark
Green Green
Tali wisel merah Tali wisel merah
Tali pinggang kanvas warna hijau
Spike boot.
berkepala emas dengan logo KRS
Spike boot.
17

