Page 19 - Buku Log KRS
P. 19

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL:   2

                       TARIKH:   30 JUN                                                                              HARI: RABU
                       TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN



                       1. KRAF PERKHEMAHAN

                       Konsep kraf perkhemahan
                              Kraf  perkhemahan  merupakan  kemahiran  asas  yang  perlu  dipelajari  untuk

                       menghadapi  cabaran  alam  sekitar  dan  alam  semula  jadi  dalam  kegiatan  luar  atau
                       perkhemahan. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
                       individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.


                       Rasional

                            Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran

                              alam semula jadi dan habitatnya.
                            Memupuk perasaan cinta terhadap alam semua jadi dan mensyukuri akan ciptaan-

                              Nya
                            Mengamalkan nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna.

                       Objektif


                            Menggalakkan  ahli  KRS  untuk  mengaplikasikan  kemahiran  dan  teknik  kraf
                              perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan.

                            Mendedahkan ahli KRS untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
                              mengetahui  cara-cara  untuk  hidup  apabila  berada  di  dalam  hutan  atau  tapak

                              perkhemahan.
                            Memberikan kesedaran kepada ahli KRS tentang kepentingan menjaga alam sekitar
                              dengan cara yang betul dan berkesan.


                       Jenis Khemah

                            Ridge Tent

                            Dome Tent
                            Frame Tent
                            Bell Tent







                                                                                                              19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24