Page 20 - Buku Log KRS
P. 20

Pembinaan Gajet

                       Tujuan gajet:


                            Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
                              maklumat di tapak perkhemahan

                            Melindungi makanan dari tercemar
                            Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam

                            Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
                            Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan

                            Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera

                       Faedah mendirikan gajet:


                             mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
                             menjimatkan kos
                             alam sekitar menjadi bersih dan nyaman

                             barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
                             menambahkan pengetahuan dan pengalaman

                             memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin

                       2. IKHTIAR HIDUP

                              Ikhtiar  hidup  boleh  diertikan  sebagai  suatu  situasi  atau  keadaan  genting  serta

                       mengalami  kesukaran  dalam  usaha  untuk  meneruskan  kehidupan,  terutamanya  semasa
                       mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Situasi ikhtiar hidup adalah
                       apabila  berlakunya  gejala  seperti  kehabisan  bekalan  makan  dan  minuman,  ancaman

                       binatang buat, sesat di dalam hutan, dan masalah perlindungan.

                       Prinsip ikhtiar hidup:


                            Keselamatan
                            Usaha
                            Kawalan diri

                            Kerjasama

                       Masakan solar:


                              Masakan  solar  merupakan  satu  cara  penyediaan  makanan  tanpa  menggunakan
                       peralatan  dapur  dan  hanya  menggunakan  cahaya  matahari  sebagai  sumber  tenaga
                       pembakar.

                                                                                                              20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25