Page 21 - Buku Log KRS
P. 21
Kelebihan masakan solar:
Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin
terancam
Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
Bahan yang diperlukan:
Alumunium foil
Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
Kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong
Gam/glue
Pelekat kertas /paper binding tape
Plastik lut sinar
Tali rapia
Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.
Masakan rimba
Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di
dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak
Masakan rimba menggunakan buluh:
Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
Pastikan buluh yang dipilih tidak retak
Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
Jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak dengan
sukatan beras.
21

