Page 11 - KOLEKSI BACAAN TAHAP 1B 青苗阅读乐第一阶段下册
P. 11

Seorang sahabat lebih baik daripada 1000                           Bahasa Malaysia  国文  1B
                  teman yang mementingkan dirinya sendiri.



                    1                     Sahabat  Karib  Saya



                	     Nama	saya	Amar.	Saya	ada	seorang	sahabat	karib.	Nama	sahabat	karib

                saya	ialah	Firman.	Kami	sama-sama	belajar	di	dalam	Kelas	Enam	Bestari.
                Firman	duduk	bersebelahan	dengan	saya.
                          青苗阅读乐第一阶段下册, 版权所有·侵权必究
                	     Firman	seorang	murid	yang	pintar.	Dia	selalu	mendapat	tempat	pertama
                dalam	peperiksaan.	Guru	selalu	memujinya.	Apabila	ada	masalah	dalam
                pelajaran,	saya	selalu	meminta	pertolongan	daripadanya.

                	     Selain	itu,	Firman	juga	murid	yang	baik	hati.	Dia	suka	menolong	kawan-
                kawan	yang	dalam	kesusahan.	Dia	tidak	kedekut	dan	sering	membelanja
                kawan-kawan	yang	terlupa	membawa	wang	saku.


                	     Rumah	Firman	berhampiran	dengan	rumah	saya.	Kami	selalu	pergi	ke
                sekolah	dan	pulang	dari	sekolah	bersama-sama.	Hobi	Firman	ialah	bermain
                layang-layang.	Setiap	hari	dia	bermain	layang-layang	bersama-sama	saya
                di	padang.	Kami	bermain	dengan	gembira.

                	     Firman	bercita-cita	hendak	menjadi	seorang	doktor.	Dia	ingin	mengikut
                jejak	langkah	ayahnya.	Oleh	itu,	dia	rajin	belajar	agar	cita-citanya	tercapai
                pada	suatu	hari	nanti.

                	     Saya	suka	berkawan	dengan	Firman	kerana	dia	murid	yang	baik	hati
                dan	rajin.


























                   Bacaan
                    Saya            SEDERHANA                 BAIK                CEMERLANG             29
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16