Page 14 - KOLEKSI BACAAN TAHAP 1B 青苗阅读乐第一阶段下册
P. 14
Selalu ikhlas menjalani hidup dan
Bahasa Malaysia 国文 1B
selalu bersyukur.
4 Akibat Berdegil
青苗阅读乐第一阶段下册, 版权所有·侵权必究
Pada suatu petang, Boon How berjalan pulang dari sekolah. Dia melalui
kawasan kebun Pak Samad. Tiba-tiba, dia ternampak sarang burung di atas
dahan sebatang pokok yang agak tinggi.
Boon How ingin mengambil anak burung di dalam sarang itu. Dia
meletakkan beg sekolahnya di bawah pokok. Dia memandang ke kiri dan
ke kanan. Tiada sesiapa pun yang kelihatan.
Tanpa berlengah, dia pun memanjat pokok itu. Pak Samad yang tiba-
tiba lalu di situ ternampak Boon How sedang memanjat pokok tersebut. Pak
Samad melarang Boon How daripada memanjat pokok itu.
Malangnya, Boon How tidak menghiraukan kata-kata Pak Samad itu.
Dia terus memanjat pokok tersebut. Tiba-tiba, ranting yang dipegang oleh
Boon How patah. Dia terus terjatuh. Kaki dan tangan Boon How cedera. Dia
meraung kesakitan.
Pak Samad segera menelefon pihak hospital. Boon How dihantar ke
hospital. Dia terpaksa dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Boon How amat menyesal kerana dia tidak mendengar larangan Pak
Samad. Kini, dia terlantar di hospital.
Bacaan
32 Saya SEDERHANA BAIK CEMERLANG

