Page 15 - KOLEKSI BACAAN TAHAP 1B 青苗阅读乐第一阶段下册
P. 15
Hidup adalah sebuah perjalanan yang harus Bahasa Malaysia 国文 1B
dihadapi, bukan masalah yang harus ditakuti.
5 Makanan Berkhasiat
青苗阅读乐第一阶段下册, 版权所有·侵权必究
Tubuh kita memerlukan makanan yang berkhasiat. Makanan berkhasiat
memastikan tubuh kita membesar dengan sihat. Kita hendaklah makan
makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, zat galian dan
vitamin.
Protein amat penting kerana membantu kita untuk membesar. Kita boleh
mendapat protein daripada ikan dan kekacang. Lemak juga boleh membantu
kita membesar. Lemak boleh diperoleh daripada minyak jagung dan mentega.
Karbohidrat boleh memberi kita tenaga. Makanan yang mengandungi
karbohidrat ialah roti. Zat galian yang terkandung dalam keju dan susu
membantu tulang dan gigi kita agar lebih kuat. Buah-buahan dan sayur-
sayuran pula membekalkan vitamin yang boleh mencegah pelbagai penyakit
daripada menyerang tubuh kita.
Bacaan
Saya SEDERHANA BAIK CEMERLANG 33

