Page 12 - KOLEKSI BACAAN TAHAP 1B 青苗阅读乐第一阶段下册
P. 12
Jadikan hari ini lebih baik
Bahasa Malaysia 国文 1B
daripada semalam.
2 Minggu Kebersihan Sekolah
青苗阅读乐第一阶段下册, 版权所有·侵权必究
Pada hujung minggu lepas, sekolah saya mengadakan minggu kebersihan.
Pada hari tersebut, semua murid perlu membersihkan kawasan sekolah.
Justeru itu, saya dan kawan-kawan tidak mahu ketinggalan menjayakan hari
gotong-royong tersebut.
Gotong-royong bermula pada pukul 8.30 pagi. Pada awal pagi itu,
kami memulakan gotong-royong di dalam kelas masing-masing. Saya dan
beberapa kawan memilih untuk mengelap tingkap, pintu dan meja.
Pada jam 10.30 pagi, kami dikehendaki mengutip sampah di kawasan
padang dan persekitaran sekolah. Dalam aktiviti ini, beberapa kelas
digabungkan dalam satu kumpulan. Oleh itu, suasana menjadi lebih meriah.
Pada hari tersebut, banyak sampah telah dikumpulkan. Sampah sarap
seperti botol dimasukkan ke dalam karung, manakala kertas dan plastik
makanan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam.
Selepas aktiviti gotong-royong tamat, kami disediakan dengan jamuan
ringan di kantin. Kami diberi pilihan sama ada untuk makan nasi lemak atau
mi goreng. Saya dan kawan-kawan makan dengan gembira. Saya juga amat
gembira kerana sekolah kami menjadi bersih.
Hasil daripada gotong-royong ini, saya mendapat pengajaran bahawa
kerja yang dilakukan bersama-sama akan memberi kepuasan yang berganda.
Bacaan
30 Saya SEDERHANA BAIK CEMERLANG

