Page 27 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 27
Menulis Karangan: Syarahan
MODEL
91 Kebersihan Sekolah
Tanggungjawab Bersama
Kamu diminta menyampaikan syarahan semasa majlis perhimpunan mingguan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”. Tulis syarahan kamu
itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ sekolah yang bersih – impian para guru
❧ membersihkan kawasan sekolah – membantu
❧ persekitaran – kotor – mengganggu
❧ murid – bertanggungjawab – menyapu – sampah
Pn ❧ bersama-sama menjaga kebersihan – sekolah
Kamus Mini
Kamus Mini
impian 梦想 usaha 努力 luas 宽阔
kondusif 舒适 kemudahan 设施 berpesan 叮咛
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”.
Hadirin yang dihormati,
Sekolah yang bersih, indah dan cantik merupakan impian para guru dan murid-murid.
Bagi memastikan sekolah terus bersih dan indah, pelbagai usaha telah dijalankan seperti
pertandingan kelas tercantik.
Seperti yang diketahui umum, setiap sekolah mempunyai pekerja yang ditugaskan
untuk membersihkan kawasan sekolah. Namun begitu, murid-murid tidak boleh meletakkan
tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata kerana kawasan yang perlu dibersihkan
terlalu luas. Maka, tidak salah sekiranya murid-murid sama-sama membantu mereka.
Hadirin yang dihormati,
Persekitaran kelas yang kotor sebenarnya mengganggu perhatian murid kerana
pemandangan yang kurang enak. Oleh sebab itulah, kelas yang bersih dan kondusif sangat
perlu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat kotoran di dalam kelas,
murid hendaklah menyapu dan memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan. Lagipun, setiap kelas telah disediakan dengan kemudahan seperti penyapu dan
tong sampah.
Akhir sekali, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan. Marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan di kawasan persekitaran sekolah.
Sekian, terima kasih.
94

