Page 25 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 25
Menulis Karangan: Ucapan
MODEL
89 Ucapan Takziah
Sekolah kamu telah menjalankan program amal bagi membantu mangsa banjir. Sebagai Pengerusi
Kelab Prihatin, kamu diminta menyampaikan ucapan takziah dalam sebuah majlis penyerahan
sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ mengucapkan takziah – rasa simpati
❧ berharap agar semua pihak berhati-hati
❧ berharap – tidak terlalu sedih – ada hikmah
❧ telah melancarkan pungutan derma kilat
Pn ❧ diharapkan sumbangan – dapat membantu
Kamus Mini
Kamus Mini
simpati 同情 melanda 闯入
dugaan 测验;测试 hikmah 真正目的
derma kilat 快速募款 kakitangan 职员
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan
Pengerusi JKKK Kampung Bera, rakan-rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada
pagi yang mulia ini.
Hadirin yang dikasihi,
Saya ingin mengucapkan takziah serta berkongsi rasa simpati terhadap mangsa-
mangsa yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini. Pada musim hujan yang melanda
kini, saya berharap agar semua pihak berhati-hati dan berjaga-jaga untuk sebarang
kemungkinan.
Saya juga berharap agar semua mangsa yang terlibat tidak terlalu sedih dan sentiasa
bersabar. Sesungguhnya, ini merupakan dugaan daripada Tuhan. Mungkin di sebalik
peristiwa ini ada hikmah yang tersembunyi.
Hadirin yang dihormati,
Pada minggu lepas, Kelab Prihatin sekolah kami telah melancarkan pungutan derma
kilat untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Sebanyak RM2456.70
telah berjaya dikutip sepanjang minggu tersebut. Sumbangan ini adalah daripada guru-guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid.
Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban
semua mangsa banjir. Untuk mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan takziah.
Sekian, terima kasih.
92

