Page 24 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 24
Menulis Karangan: Ucapan
MODEL
88 Ucapan Hari Guru
Sempena sambutan Hari Guru, kamu selaku ketua murid diminta memberikan ucapan. Tulis ucapan
kamu itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ kata alu-aluan
I ❧ mengenangkan jasa dan bakti guru-guru
❧ guru-guru – komited terhadap tugas
❧ banyak murid yang berjaya melakar nama
❧ didikan – kurikulum, malahan – kokurikulum
Pn ❧ berjanji – menaikkan imej sekolah
Kamus Mini
Kamus Mini
lelah 劳累 komited 投入
pidato 演讲 cef 厨师
pendidik 教育者 disematkan 被铭记
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Encik Chong Meng, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foo Yew, guru-guru dan rakan
sekalian. Selaku ketua murid, saya mewakili murid-murid sekolah ini ingin mengucapkan
“Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin yang dihormati,
Sesungguhnya, kami berasa sungguh terharu mengenangkan jasa dan bakti guru-guru
terhadap kami. Tanpa mengenal erti lelah dan jemu, guru-guru gigih mendidik kami agar
menjadi warga yang berguna. Budi yang diberi tidak mampu kami balas dan tidak dapat
ditukar ganti.
Guru-guru di sekolah ini amat komited terhadap tugas mereka. Mereka sanggup
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kami memperoleh kejayaan
yang cemerlang. Kami amat berterima kasih dan terharu atas pengorbanan mereka.
Hadirin yang dikasihi,
Saban tahun, nama sekolah ini semakin harum. Banyak murid yang berjaya melakar
nama sehingga ke peringkat kebangsaan. Ada yang bergelar juara catur, johan pidato dan
juga cef. Semuanya lahir daripada didikan yang bukan sahaja dalam bidang kurikulum,
malahan dalam bidang kokurikulum.
Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan “Selamat Hari Guru” kepada semua warga
pendidik di sekolah ini. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh serta menaikkan imej
sekolah. Setiap jasa guru akan sentiasa kami kenang dan disematkan dalam hati.
Sekian, terima kasih.
91

