Page 22 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 5 国文书写100篇5
P. 22
Menulis Karangan: Berita
MODEL
86 Ekspedisi ke Gunung Pulai
Baru-baru ini sekumpulan murid dari sekolah kamu telah mengadakan ekspedisi ke Gunung Pulai.
Tulis berita tentang aktiviti yang dijalankan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah kamu. Tulis
berita kamu itu selengkapnya.
国文书写100篇5, 版权所有·侵权必究
Kamus Mini
Rangka Karangan Kamus Mini
Rangka Karangan
Pd ❧ tempat, tarikh – ekspedisi ke Gunung Pulai ekspedisi 探险
I ❧ memberikan pendedahan kepada para peserta tentang alam ketahanan 忍耐力
sekitar
merentas 穿越
❧ aktiviti dijalankan – bersemangat – memenatkan
pondok 草棚
❧ memupuk semangat kerja berpasukan, tolong-menolong dan lasak 不固定
melahirkan semangat cinta akan alam sekitar
geograf 地理
Pn ❧ para peserta – mendapat pelbagai pengalaman
PONTIAN, 25 Februari – Sebanyak 40 orang murid serta enam orang guru pengiring SK Seri
Sinaran Tampok telah menyertai ekspedisi ke Gunung Pulai, Johor. Ekspedisi ini diadakan
selama dua hari bermula pada 18 Februari 2017 yang lalu.
Objektif utama ekspedisi ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta
tentang alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan f zikal dan
mental para peserta.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mencari harta karun, merentas sungai,
membina pondok dan mendirikan khemah. Para peserta kelihatan sungguh bersemangat
walaupun aktiviti itu agak lasak dan memenatkan.
Ekspedisi ini melibatkan peserta pelbagai kaum yang terdiri daripada 20 orang murid
Melayu, 10 orang murid Cina, lapan orang murid India dan dua orang murid Iban. Program
tersebut telah memupuk semangat kerja berpasukan, tolong-menolong dan melahirkan
semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan peserta.
Para peserta telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna semasa mengikuti
ekspedisi ini. Selain menguatkan ketahanan f zikal dan mental, mereka juga dapat melihat
bentuk muka bumi dan geograf di sekitar Gunung Pulai.
89

