Page 17 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 17
Menulis Karangan: Cerita
MODEL
51 Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit
Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
Rangka Karangan
Rangka Karangan
国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究
Pd ❧ miskin – tidak pernah menyusahkan orang lain
I ❧ hidup keluarganya semakin sukar – hasrat untuk
membantu keluarga – dibantah oleh ayahnya – akur
❧ membawa bekal ke sekolah – baki duit saku – tabung
❧ di sekolah – mendapat tempat pertama
❧ mengucapkan terima kasih – bersyukur
Pn ❧ mendapat tawaran – pengajian – menggunakan
wang simpanannya – gembira
Kamus Mini
Kamus Mini
bahagia 幸福、愉快 sukar 艰苦 wang saku 零用
perhatian 注意、关注 prinsip 原则 tawaran 提议
Karangan
Terbaik
Alya tinggal di Kampung Damai bersama-sama keluarganya. Meskipun miskin,
mereka hidup bahagia dan tidak pernah menyusahkan orang lain. Ayah Alya
hanya seorang petani, manakala ibunya pula tidak bekerja.
Selepas kelahiran adiknya yang ketujuh, Alya sedar hidup keluarganya
semakin sukar. Namun, ayahnya tidak pernah mengeluh. Sebagai anak sulung,
Alya meluahkan hasrat untuk membantu keluarga dengan bekerja di kedai
makan selepas waktu persekolahan, tetapi dibantah oleh ayahnya. Alya akur.
Setiap hari, Alya membawa bekal ke sekolah. Baki wang saku yang diberi
oleh ayahnya dimasukkan ke dalam tabung yang diperbuat daripada buluh.
Tabung itu disimpan di dalam biliknya. Memberikan
Di sekolah, Alya sentiasa mendapat perhatian daripada guru-gurunya. huraian
Semasa peperiksaan akhir tahun, dia mendapat tempat pertama. Cikgu Maria yang tepat
mengucapkan tahniah dan memberikan hadiah berupa wang sebanyak RM50. kepada isi
Alya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maria. Dia bersyukur.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah menerima duit sebanyak itu. Duit yang
diterimanya itu disimpan di dalam tabung. Dia berpegang kepada peribahasa
yang dijadikan prinsipnya, iaitu “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Pada suatu hari, Alya mendapat tawaran menyambung pengajian di
sebuah universiti tempatan. Dia berasa gembira kerana hasratnya untuk
menggunakan wang simpanannya semasa hari pendaftaran di universiti
tercapai. Semasa di universiti juga, dia terus memegang prinsip yang sama.
Sememangnya, menabung menjamin kesejahteraan hidup.
51

