Page 18 - CONTOH PENULISAN KSSR BM 4 国文书写100篇4
P. 18

Menulis Karangan: Cerita
               MODEL
                52                    Kebakaran





              Kamu dan rakan kamu menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman kamu itu. Tulis
              karangan kamu itu selengkapnya.   i-THINK
                                                i-THINK


                           国文书写100篇4, 版权所有·侵权必究






                     pulang – tuisyen di       terpandang  asap  tebal    menelefon bomba
                      pusat tuisyen              dari sebuah rumah         menjerit meminta tolong
                     terbau benda terbakar     segera menuju ke sana     orang ramai – membantu




                                                                                      Kamus Mini
                                                                                      Kamus Mini
                                                                                  tuisyen 补习
                                                                                  siasatan 调查
                                                                                  litar pintas 短路
                     bomba dan penyelamat      kebakaran – litar pintas         mencecah 触及
                      tiba – 10 minit kemudian   mengucapkan terima kasih
                     bertungkus lumus           – bertindak dengan cepat
                      memadamkan kebakaran


                Aku dan Tai Seng baru pulang menghadiri tuisyen di pusat tuisyen. Kami berjalan sambil
                berbual dengan rancak. Sampai sahaja di simpang, Tai Seng mengatakan bahawa dia terbau
                benda terbakar yang sangat kuat. Oleh sebab selesema, deria bauku kurang peka.
                    Kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, kami terpandang asap tebal dari sebuah rumah.
                Kami pun segera menuju ke sana. Rupa-rupanya, rumah Gina terbakar.
                    Tai Seng segera menelefon bomba. Aku pula menjerit meminta tolong. Orang ramai yang
                mendengar pun mula datang untuk membantu memadamkan kebakaran. Ada juga yang
                membantu mengeluarkan barang-barang yang boleh dicapai. Keadaan sangat kelam-kabut.
                    Pasukan bomba dan penyelamat tiba kira-kira 10 minit kemudian. Pihak bomba bertungkus
                lumus memadamkan kebakaran daripada terus merebak. Akhirnya, kebakaran pun berjaya
                dipadamkan sepenuhnya.
                    Berdasarkan siasatan, kebakaran yang berlaku berpunca daripada  litar pintas. Encik
                Gunalan, iaitu bapa Gina bersyukur mereka sekeluarga terselamat kerana ketika kebakaran,
                tiada sesiapa di rumah. Namun, kerugian dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.
                    Encik Gunalan mengucapkan terima kasih kepada aku dan Tai Seng kerana bertindak
                dengan cepat. Kami berasa gembira dapat membantunya.


                                                           52
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23