Page 23 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 23
PROSPEKTUS 2020
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO SEKOLAH
‘ Berakhlak Berkebajikan ’
MATLAMAT SEKOLAH
SMK Mentakab telah menetapkan matlamat untuk merealisasikan Visi dan Misi
sekolah seperti berikut:
Melahirkan murid yang berkualiti, berdaya saing dan berkeupayaan
untuk terus maju melalui sistempembelajaran yang berkesan
Mengutamakan kecemerlangan dalam bidang pendidikan sama ada
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
Memantapkan sistem pengurusan berkualiti yang cekapdan efisien,
telus dan mesra pelanggan.
Membina potensi individu untuk melahirkan insan berilmu,
berketrampilan, dan berbakat tinggi, berakhlak tinggidan
bersemangat patriotik
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SMK Mentakab dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
mengoptimumkan perkembangan potensi pelajar:
Kepada Pelajar: Memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan
melalui Pdpc yang kondusif dan pendidikan berkualiti, perkembangan bakat
dalam kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang sihat dan positif.
Kepada Kakitangan Sekolah: Menyediakan susana kerja yang konduksif
dan sistematik supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab ke arah peningkatan profesionalisme
Kepada Ibu Bapa: Memberi layanan perkhidmatan yang cemerlang dan
mesra
FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan di SMK Mentakab adalah satu usaha berterusan secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai jalinan ilmu, iman dan amal soleh kepada Allah serta ke arah
kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat
Ilmu Untuk Amalan Muka Surat 23

