Page 24 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 24
PROSPEKTUS 2020
LENCANA SEKOLAH
WARNA LENCANA SEKOLAH :
BIRU : Melambangkan perasaan belas kasihan, merendah diri dan kasih sayang.
MERAH : Tanda semangat tinggi, ketabahan, tidak berputus asa dan keberanian menempuh segala
cabaran.
KUNING : Warna bangsawan, melambangkan kemulian, kebesaran dan ketinggian. Ia juga bermaksud
keadaan yang sentiasa bersiap sedia.
HIJAU : Warna keindahan, keamanan dan simbol tiada halangan meneruskan perjalanan.
PUTIH : Bermaksud keikhlasan dan kesucian warga SMKM.
TAKRIF BENTUK LENCANA SMKM:
Lencana SMKM adalah berbentuk seperti mahkota yang melambangkan kemuliaan dan kedudukan teratas.
Gambar alat penimbang (neraca) dan alat kerja bengkel (ketam kayu) di kiri dan kanan menunjukkan
bidang Sains dan Teknologi dan Kemahiran Hidup.
JARUM DAN BENANG
Melambangkan bidang vokasional dan seni, ia juga boleh ditakrifkan bahawa sekolah sentiasa mengikut
piawaian yang ditetapkan. Ia adalah sumber kepada ketepatan masa dan tanda kesinambungan dalam
segala urusan yang dikendalikan.
DUA TANGKAI PADI
Memberi maksud sentiasa mencurahkan bakti, resmi padi semakin tunduk semakin berisi, ia menzahirkan
sifat warga SMKM yang sentiasa melakukan penambahbaikan dalam apa jua perkara. Di bahagian
bawahnya terdapat lima bulatan (gelung bercantum) melambangkan kesukanan dan juga perpaduan kaum.
ILUSTRASI SEBUAH BUKU TERBUKA
Menggambarkan sumber ilmu yang luas dan semangat yang berkobar-kobar serta memberi erti pelbagai
ilmu untuk diamalkan. Seterusnya memberi cahaya yang memandu perjalanan hidup.
COGAN KATA ILMU UNTUK AMALAN
Bermaksud sekolah meletakkan ilmu pada tahap tertinggi dan perlu diamalkan. Pendidik bertanggungjawab
meningkatkan tahap ilmu pengetahuan sesuai dengan aspirasi sekolah, masyarakat dan negara.
Meningkatkan semangat menimba ilmu pengetahuan, mengamalkan demi mencapai kesejahteraan.
Ilmu Untuk Amalan Muka Surat 24

