Page 32 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 32
PROSPEKTUS 2020
PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH
1. Hadir Bekerja
1.1 Semua guru dikehendaki sampai ke sekolah pada atau sebelum 7.20 pagi bagi sesi pagi dan 11.50 bagi
sesi petang. Sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pagi dan 12.00 tengahari bagi
sesi petang.
1.2 Sebaik tiba di sekolah, guru-guru dikehendaki mengimbas alat perakam waktu bagi merekod masa hadir
ke dalam komputer yang terletak di pejabat.
1.3 Guru-guru yang lewat sampai daripada waktu bekerja rasmi bermula hendaklah berjumpa Pengetua
untuk memaklumkan sebab musabab kelewatan tersebut.
1.4 Sebelum balik, guru-guru dikehendaki mengimbas sekali lagi alat perakam waktu bagi merekod masa
pulang. Jika masa balik lebih awal daripada masa bekerja yang ditetapkan, guru-guru hendaklah
berjumpa Pengetua untuk mendapatkan kebenaran.
2. Waktu Bekerja
2.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bekerja dikehendaki memberitahu Pengetua secepat mungkin dengan
kaedah-kaedah berikut:
2.1.1 Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu, sama ada atas sebab persendirian atau
arahan rasmi daripada pihak yang diluluskan dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu.
2.1.2 Ketidakhadiran secara tergempar atau cuti sakit (MC) hendaklah dimaklumkan dengan segera
pada hari berkenaan dengan cara yang paling sesuai.
2.1.3 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan kerana urusan cuti sakit (MC) atau bukan arahan rasmi
daripada pihak yang meluluskan dikehendaki memohon cuti dengan menyempurnakan borang cuti
2.1.4 Borang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh cuti diambil kecuali atas sebab
tergempar di mana borang permohonan cuti boleh diuruskan pada hari pertama bertugas semula.
2.1.5 Guru-guru yang diberi cuti sakit (MC) disyaratkan mesti berada di hospital atau rumah pegawai
mengikut Perintah Am Bab C Hal. 7 (C) kecuali diarahkan oleh pegawai perubatan sebaliknya.
3. Meninggalkan Sekolah Dalam Waktu Bekerja
3.1 Seseorang guru yang hendak meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan sama ada dalam
tempoh tertentu atau tidak akan kembali semula pada hari berkenaan dikehendaki mendapatkan
kebenaran Pengetua sebelum berbuat demikian. Kebenaran hanya akan diberi atas sebab-sebab yang
sangat mustahak dan tidak dapat dielakkan.
3.2 Seseorang guru yang diberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah menyempurnakan
maklumat Borang Kebenaran Keluar Dalam Waktu Bekerja di pejabat sekolah dan ditandatangani oleh
Pengetua.
4. Kehadiran Ke Kelas
4.1 Semua guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
dan hadir ke kelas tidak lewat daripada lima (5) minit atas maksud perjalanan kerana pertukaran kelas.
4.2 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal daripada masa berakhirnya waktu
berkenaan.
4.3 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh pengajaran walaupun pelajar telah
diberikan tugasan atau kerja-kerja yang berkaitan.
4.4 Guru-guru Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan meninggalkan pelajar bermain atau melakukan aktiviti
senaman tanpa pengawasan guru sepenuhnya.
5. Fail / Buku Rekod Mengajar ( FRM/BRM)
Ilmu Untuk Amalan Muka Surat 32

