Page 33 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 33

PROSPEKTUS 2020
                    5.1  Buku Rekod Mengajar (BRM) adalah dokumen rasmi. Guru-guru dikehendaki mengemaskini maklumat
                        yang diperlukan setiap hari.
                    5.2  FRM  /  BRM  hendaklah  sentiasa  dibawa  ke  kelas  pada  waktu  pengajaran  dan  mestilah  ditunjukkan
                        kepada kepada pihak yang menyelia guru sekiranya diminta berbuat demikian.
                    5.3  FRM  /  BRM  yang  telah  lengkap  disempurnakan  termasuk  hari  Isnin  minggu  berikutnya  hendaklah
                        dihantar  untuk  semakan  oleh  Pengetua  pada  hari  Jumaat  atau  hari  sebelumnya  jika  hari  Jumaat
                        diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am.
                    5.4  Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH)  hendaklah  sentiasa  dikemaskini  dan  ditulis  sehari  sebelum
                        melaksanakan pengajaran.
                    5.5  RPH hendaklah ditulis mengikut format dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Panitia dan Kementerian
                        Pendidikan Malaysia.
                    5.6  Setiap guru yang akan bercuti atau berkursus hendaklah menyerahkan BRM yang telah lengkap untuk
                        hari berikutnya kepada Pengetua bagi memudahkan Guru Ganti mengambil alih tanggungjawab dan
                        melaksanakan PdP seperti yang telah dirancangkan.
                    5.7  Semua  maklumat  RPH,  Rancangan  Pengajaran  Tahunan  (RPT)  dan  Sukatan  Pelajaran  hendaklah
                        disiapkan sebelum 18 Januari 2019.

               6.   Jadual Kedatangan Kelas (JKK)
                    6.1  Jadual Kedatangan Kelas (JKK) adalah menjadi tanggungjawab Guru Kelas dan hendaklah dikemaskini
                        setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan menguruskan JKK.
                    6.2  Kedatangan harian pelajar hendaklah ditandakan pada hari berkenaan sebelum jam 9.00 pagi.
                    6.3  Guru Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandakan JKK bagi guru yang tidak hadir bertugas
                        pada hari berkenaan.
                    6.4  Semua maklumat dalam JKK hendaklah disempurnakan sebelum 18 Januari 2019.
                    6.5  Pada hari terakhir setiap bulan, guru kelas hendaklah menutup dan mengira data-data yang berkaitan
                        kehadiran pelajar seperti diarahkan.
                    6.6  Guru  Kelas  hendaklah  mengambil  tindakan  sewajarnya  jika  mendapati  ketidakhadiran  pelajar
                        membolehkan pelajar dikenakan tindakan mengikut peraturan disiplin.
                    6.7  JKK  hendaklah  disimpan  di  pejabat  sekolah  setiap  masa  untuk  memudahkan  proses  semakan  dan
                        mendapatkan maklumat apabila diperlukan.

               7.   Perhimpunan Mingguan
                    7.1  Perhimpunan  Mingguan  (PM)  telah  ditetapkan  pada  hari  Isnin  setiap  minggu.  Perhimpunan  boleh
                        dibatalkan atas sebab-sebab tertentu seperti faktor cuaca dan sebagainya.
                    7.2  PM adalah majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri oleh semua guru dan pelajar.
                    7.3  Guru bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis termasuk menyedia dan
                        memulangkan kembali kerusi tempat duduk guru serta merekodkan semua peristiwa yang berlaku dan
                        perkara yang disampaikan dalam perhimpunan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan.

               8.   Hubungan Guru Dengan Pelajar
                    8.1  Semua  guru  hendaklah  sedapat  mungkin  memberi  perhatian  kepada  pelajar  sebagai  individu  yang
                        berbeza kemampuan dan kebolehan.
                    8.2  Semua  guru  adalah  pembimbing,  sebarang  masalah  pelajar  hendaklah  diberi  perhatian  secara
                        bersungguh-sungguh dan membantu mereka menyelesaikannya.
                    8.3  Semua guru hendaklah menggunakan setiap kesempatan membina dan menyedarkan pelajar tentang
                        tanggungjawab mereka. Merangsangkan mereka menggunakan  masa secara berfaedah, mendorong
                        mereka  berfikir  dan  mengeluarkan  pendapat  atau  idea  serta  membimbing  mereka  dalam  pelbagai
                        perkara yang berfaedah.
                    8.4  Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelajar atas sebab-sebab keturunan,
                        jantina, status, hubungan kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya.

               9.   Hubungan Guru/Pekerja Sesama Guru/Pekerja
                    9.1  Guru/pekerja hendaklah mewujudkan suatu suasana bekerja yang harmonis dan saling membantu di
                        antara satu sama lain ke arah kecemerlangan dan kestabilan sekolah.
                    9.2  Hubungan  guru/pekerja  sesama  guru/pekerja  hendaklah  terjalin  erat  sepanjang  masa  sebagai  satu
                        keluarga.
                    9.3  Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah hendaklah dijayakan bersama dengan
                        nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan perpaduan dan masyarakat penyayang.




               10.  Kegiatan Kokurikulum

               Ilmu Untuk Amalan                                                            Muka Surat  33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38