Page 35 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 35

PROSPEKTUS 2020
                        14.2.1   Pakaian kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak
                                 mencolok mata.
                        14.2.2   Selipar yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan
                                 pakaian yang ditetapkan.
                        14.2.3   Jeans, slack, seluar pendek dan sebarang pakaian yang menutup muka atau yang mencolok
                                 mata tidak boleh dipakai.

                    14.3 Pakaian Seragam Kokurikulum
                        Semua  guru  digalakkan  memakai  pakaian  seragam  kokurikulum  pada  setiap  hari  Rabu  mengikut
                        pasukan/unit beruniform yang dipertanggungjawbkan.

               15.  Membawa Pelajar Menyertai Aktiviti Keluar Dari Kawasan Sekolah
                    15.1 Mesti mendapat kebenaran Pengetua dengan jadual dan kertas kerja program dilampirkan.
                    15.2 Setelah mendapat kebenaran Pengetua, guru yang dipertanggungjawabkan mesti mendapat kebenaran
                        bertulis daripada penjaga sebelum membawa pelajar mengikuti aktiviti di luar kawasan sekolah.
                    15.3 Setelah  selesai  aktiviti,  guru  yang  dipertanggungjawabkan  mestilah  melaporkan  semula  kepada
                        Pengetua hasil daripada aktiviti berkenaan.

               16.  Pembelian Barang-Barang
                    16.1 Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berurusan dengan Ketua Panitia untuk membeli sesuatu barang
                        keperluan untuk pengajaran mata pelajaran berkenaan.
                    16.2 Ketua Panitia perlu berbincang dengan Pengetua untuk kelulusan sebelum sesuatu pembelian dilakukan.
                    16.3 Semua  pembelian  mestilah  menggunakan  Borang  Pesanan  Tempatan  dan  ditandatangani  oleh
                        Pengetua.
                    16.4 Sebarang pembelian barang-barang tanpa kelulusan Pengetua, pihak sekolah tidak bertanggungjawab
                        untuk membuat pembayaran.
                    16.5 Barang yang diterima, sila pastikan bermutu baik dan akur dengan jumlah seperti dalam bil atau invois
                        dan dimasukkan ke dalam buku stok bagi yang berkenaan.
                    16.6 Borang Pesanan Tempatan hendaklah ditandatangani dan dicop oleh pembekal dan ditandatangani oleh
                        penerima barang tersebut sebelum dipulangkan kepada Pembantu Tadbir untuk pembayaran.

               17.  Myportfolio
                    17.1 Setiap penjawat awam termasuk guru dikehendaki menyediakan Myportfolio masing-masing mengikut
                        Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 menggantikan pekeliling Bil 8 Tahun 1991
                        mengenai Fail meja dan Manual Prosedur Kerja
                    17.2 Myportfolioadalah panduan dalam proses menjalankan tugas dan mengenal pasti bidang kuasa supaya
                        tidak  berlaku    kesilapan  dalam  pelaksanaan  tugas  seterusnya  dapat  meningkatkan  prestasi
                        penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan .
                    17.3 Myportfolio  merupakan  panduan  kepada  pegawai  lain  yang  akan  mengambil  alih  tugas  semasa
                        ketiadaan pegawai sebenar.



               Sekian, terima kasih.
               `BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
               Saya yang menjalankan amanah,






               KHAIRUL ARIFIN BIN MAT YIT, SAP.
               Pengetua
               SMK Mentakab,
               28400 MENTAKAB,
               PAHANG DARUL MAKMUR







               Ilmu Untuk Amalan                                                            Muka Surat  35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40