Page 34 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 34
PROSPEKTUS 2020
10.1 Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti wajib Semua guru diwajibkan bertugas dengan peruntukan
masa 180 minit seminggu.
10.2 Semua peraturan yang telah dikeluarkan oleh Unit Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah dipatuhi serta dijadikan panduan.
10.3 Setiap kegiatan kokurikulum mestilah direkodkan ke dalam Buku Rekod Kegiatan Kokurikulum.
11. Maklumat Diri Guru
11.1 Semua guru hendaklah menyempurnakan semua perkara yang berkaitan dengan Borang Maklumat Diri
yang disediakan oleh pihak sekolah dan menyertakan sekeping gambar bersama borang tersebut.
11.2 Semua guru adalah menjadi tanggungjawab masing-masing mengetahui dan boleh memberikan
maklumat pada bila-bila masa dengan tepat dan betul mengenai perjawatan.
12. Hukuman Salah Laku Pelajar
12.1 Rujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/83 bertarikh November 1983, Pekeliling Disiplin 1998 dan Buku
Panduan Disiplin.
12.2 Kesalahan disiplin murid yang berat atau serius hendaklah dirujuk kepada Pengetua untuk tindakan
seterusnya.
12.3 Semua jenis hukuman yang dikenakan oleh guru hendaklah direkodkan. Bagi hukuman merotan
dikehendaki mendapatkan seorang guru sebagai saksi.
12.4 Guru-guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut perasaan. Hukuman yang
dijatuhkan hendaklah berbentuk mendidik dan menginsafkan pelajar di atas kesalahan yang dilakukan.
12.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu hukuman diminta
berjumpa dengan Pengetua.
13. Cuti Guru
13.1 Cuti Rehat Khas (CRK) sila rujuk Pekeliling Kementerian Pendidikan Bil. 20/87 bertarikh 3 September
1987
13.2 Cuti Tanpa Rekod (CTR) hanya diberi atas perkara-perkara berikut sahaja:
13.2.1 Menghadiri latihan pasukan sukarela yang diiktiraf kerajaan
13.2.2 Menghadiri latihan tahunan pertubuhan/persatuan yang diktiraf kerajaan.
13.2.3 Menghadiri latihan syarikat kerjasama
13.2.4 Menghadiri peperiksaan jabatan
13.2.5 Menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
13.2.6 Mengambil bahagian dalam olahraga dan sukan
13.3 Cuti Tanpa Gaji (CTG)
Boleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti dibuat dalam masa dua
minggu sebelum tarikh bercuti.
13.4 Cuti Bersalin (CB)
13.4.1 Guru yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 90 hari sehinga anak yang
kelima.
13.4.2 Suami bagi isteri yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 7 hari berturut-turut
termasuk hari bersalin dan cuti awam jika berkenaan.
13.5 Cuti Sakit
Bermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua secepat
mungkin dan Siji Sakit (MC) diserahkan pada hari pertama bertugas semula. Sijil cuti sakit swasta yang
melebihi 2 hari hendaklah disahkan oleh doktor kerajaan. Jika gagal berbuat demikian, maka cuti tanpa
gaji hendaklah dipohon.
14. Peraturan Pakaian Guru Semasa Bertugas di Bilik Darjah
14.1 Guru Lelaki
14.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dengan bertali leher atau bushjacket atau lounge suit.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang hendaklah jangan dilipat.
14.1.2 Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan songkok (kopiah tidak dibenarkan) dan
bersamping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan
seluar panjang. Setiap Jumaat guru-guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu yang
lengkap.
14.1.3 Pada hari Khamis guru-guru digalakkan memakai baju batik buatan Malaysia.
14.1.4 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya, capal hanya boleh dipakai dengan
baju Melayu yang lengkap dengan sampin.
14.2 Guru Perempuan
Ilmu Untuk Amalan Muka Surat 34

