Page 37 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 37

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021



               4.  Mengambil  Cuti  Rehat  Khas  atau  pulang  awal  kerana  tidak  sihat,  perlu
                    memberi tugasan kepada murid-muridnya.
               5.  Tugas  mengajar  guru  yang  cuti  bersalin  akan  diagihkan  kepada  guru-guru
                    yang sama opsyen atau mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran
                    yang berkaitan sekiranya Jabatan Pelajaran Perlis tidak menyediakan guru
                    ganti Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK).
               6.  Jadual  guru  ganti  kelas  diuruskan  oleh  Penolong  Kanan  Pentadbiran.  Ahli
                    Jawatankuasa  Jadual  Waktu  juga  boleh  diminta  menyediakan  jadual  guru
                    ganti  kelas  sekiranya  diarahkan  oleh  Guru  Besar/Penolong  Kanan
                    Pentadbiran.


               1.9 BILIK GURU

               1.  Guru hendaklah berada di bilik guru atau bilik khasnya semasa tidak mengajar
                    di kelas. Masa tersebut dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free
                    period’. Masa tersebut hendaklah digunakan untuk perkara-perkara berkaitan
                    dengan PdPc atau yang berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja. Aktiviti
                    berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
               2.  Guru  yang  berada  di  bilik  guru  hendaklah  sama-sama  bertanggungjawab
                    memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman guru
                    lain.
               3.  Guru tidak boleh  membenarkan murid berada di bilik guru tanpa sebarang
                    urusan.
               4.  Kebersihan dan harta benda di bilik guru tanggungjawab bersama.
               5.  Guru  yang  terakhir  meninggalkan  bilik  guru  hendaklah  memastikan  semua
                    peralatan elektrik dipadamkan dan semua pintu dikunci.
               6.  Guru juga tertakluk kepada peraturan bilik guru yang sedia ada.


               1.10 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

               1.  Guru yang menghadapi masalah dalam perjawatannya hendaklah berurusan
                    dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
               2.  Guru  yang  menghadapi  masalah  dalam  PdPc  bolehlah  berurusan  dengan
                    ketua panitia, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan.


               1.11 TUGAS BAHARU
















                                                           37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42