Page 41 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 41
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
1.26 TELEFON
1. Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau
staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan
peribadi
2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.
1.27 KUNCI
1. Semua kunci mestilah disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci
hendaklah mengisi buku rekod peminjaman di pejabat.
2. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci di bilik-bilik tertentu mestilah
mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar dan mendaftar nama di dalam
buku khas di pejabat sekolah.
1.28 BUKU STOK /INVENTORI
1. Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.
2. Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku
stok /inventori ini dari masa ke masa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung
tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Guru Besar.
1.29 KOMPUTER RIBA / ALATAN ICT
1. Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan projektor LCD hendaklah
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM.
2. Pastikan komputer dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Pastikan projektor LCD yang telah diguna diletakkan di tempat asal ia
ditempatkan.
41

