Page 38 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 38
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
1. Tugas guru diberikan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid
dan juga Pentadbiran. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi
dan bertanggungjawaBIN
2. Sekiranya guru diarah menghadiri mesyuarat atau taklimat di JPN/ sekolah
lain hendaklah dipatuhi. Penggantian hendaklah dalam pengetahuan pihak
pentadbir. Sebarang ketidakhadiran tanpa alasan hendaklah
mengemukakan surat tunjuk sebaBIN
3. Guru yang mewakili sekolah dalam mesyuarat hendaklah mengemukakan
minit curai atau melaporkannya kepada Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya seperti mengadakan ”In House Training” kepada guru lain.
1.12 BUKU REKOD MENGAJAR (BRM) / FAIL
1. Keselamatan, kekemasan, kesempurnaan BRM/Fail adalah tanggungjawab
guru berkenaan. BRM/Fail yang lengkap hendaklah dihantar pada setiap
hujung minggu hari Jumaat mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Guru yang bercuti atau bertukar hendaklah menyerah BRM/Fail kepada
Penolong Kanan untuk urusan pengganti.
3. Setiap akhir tahun persekolahan, BRM/Fail hendaklah diserah ke pejabat
sekolah.
1.13 JADUAL WAKTU MENGAJAR
1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan dan disahkan untuk
dikuatkuasakan.
2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa
kebenaran.
3. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
1.14 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah hendaklah
dimaklumkan kepada Guru Disiplin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
2. Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan penggunaan
peralatan di bilik-bilik tertentu.
1.15 KEBERSIHAN
1. Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual tugasan
murid hendaklah disediakan termasuk bilik-bilik khas.
2. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan
disimpan dengan baik.
3. Semua guru, staff sokongan dan murid sama-sama bertanggungjawab
terhadap kebersihan sekolah.
38

