Page 40 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 40

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021



                    itu terus dilakukan.  {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”
                    “Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib  Sehubungan itu
                    kehadiran  pelajar  dalam  aktiviti  kokurikulum  mestilah  direkodkan.  (Rujuk
                    Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil.  1/1986,  KP(BS)8591/jld.  11/(41)  bertarikh  15
                    Januari 1986)”

               1.  Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
                    dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
               2.  Semua guru wajib hadir kegiatan KK dan menulis nama pada buku
                    kehadiran KK yang disediakan oleh Penolong Kanan KK.


               1.21 MESYUARAT GURU

               1.  Guru  Besar  akan  memanggil  guru  bermesyuarat  dari  masa  ke  masa.
                    Kehadiran guru ke mesyuarat adalah wajib
               2.  Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong
                    Kanan/Guru Mata pelajaran / Ketua Panitia.
               3.  Pakaian  semasa  menghadiri  mesyuarat  hendaklah  pakaian  waktu  bekerja
                    rasmi.


               1.22 ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN

               1.  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara /majlis rasmi sekolah dan
                    juga kursus dalaman.
               2.  Guru  yang  tidak  hadir  perlu  mengemukakan  surat  pemberitahuan
                    ketidakhadiran kepada Guru Besar.

               1.23 KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG

                    Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG.

               1.24 ARAHAN DAN PEKELILING

               1.  Setiap arahan dan pekeliling  yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
                    dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas dibaca.
               2.  Sekiranya  arahan  dan  pekeliling  itu  diberi  terus,  guru  hendaklah
                    menyimpannya di dalam fail khas.


               1.25 PENGGUNAAN ALAT-ALAT

               1.  Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
               2.  Mestilah mendapatkan kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan.
               3.  Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
                    dalam keadaan baik. Kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera untuk
                    tujuan baik pulih atau penggantian.

                                                           40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45