Page 122 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 122
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBAT
(i) KBAT berdasarkan Kad Formula Sejarah
Oleh: Hanita binti Ladjaharun dan Shamsuddin bin Frans
KAD FORMULA SEJARAH merupakan sekeping kad yang mempunyai tiga bahagian yang terdiri dari Easy Body KBAT,
IMPAK dan e-WACANA. Pada mulanya, KAD FORMULA SEJARAH dihasilkan untuk membantu murid menjawab soalan
KBAT Sejarah SPM khususnya Kertas 2 dan Kertas 3.
Kini, kad ini juga sesuai digunakan oleh murid tingkatan 1 hingga 5. Berdasarkan analisis terhadap soalan-soalan SPM,
guru mendapati terdapat kekerapan soalan yang boleh menerima jawapan yang lebih kurang sama. Oleh itu guru telah
menyusun dan membahagikan jawapan berkaitan kepada dua kumpulan yang utama iaitu Easy Body KBAT dan IMPAK.
Kedua-dua kumpulan jawapan ini terdiri dari fakta atau kata kunci yang ringkas sebagai panduan untuk murid menulis
jawapan. Bagi memudahkan lagi murid menulis ayat yang lengkap dan tersusun, guru telah menghasilkan satu bahagian
lagi kumpulan jawapan iaitu e-WACANA yang terdiri dari senarai wacana yang boleh digunakan menghasilkan jawapan
yang kemas dan tersusun.
Contoh Penggunaan Easy Body KBAT
Easy Body KBAT merupakan jawapan yang dihasilkan berdasarkan anggota badan. Murid hanya perlu mengaitkan
anggota badan dengan fakta atau kata kunci yang bersesuaian untuk menghasilkan jawapan. Contohnya, kepala atau
otak dikaitakan dengan pemikiran kreatif, inovatif, kritis, rasional, matang dan positif. Berdasarkan perkataan-perkataan
tersebut murid boleh membuat ayat lengkap untuk menghasilkan jawapan.
SPM 2008 - Soalan 9 (c)
Apakah peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara? [4 markah]
Peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah berfikir secara kritis dan kreatif bagi
menghasilkan produk baru tanpa bergantung terhadap produk luar negara. Contohnya, ... (berikan contoh yang sesuai)
SPM 2009 - Soalan 2 (e)
Pada pandangan anda, apakah iktibar dari Zaman Renaissance untuk kemajuan negara? [2 markah]
Iktibar dari Zaman Renaissance ialah kita hendaklah berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan produk baru tanpa
bergantung terhadap produk luar negara. Contohnya, ... (berikan contoh yang sesuai)
119

