Page 123 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 123

Contoh Penggunaan IMPAK
            IMPAK  merupakan fakta atau kata kunci yang sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kepentingan,
            kebaikan, manfaat, penghayatan dan kesan. Jika soalan berkaitan memerlukan kesan negatif atau buruk murid perlu
            menggunakan fakta atau kata kunci yang sama tetapi perlu mengubahsuai ayat agar sesuai dengan keperluan soalan.
            Contohnya, perlembagaan sangat penting bagi sesebuah negara untuk menjamin keamanan yang berterusan. Jika soalan
            meminta murid memberikan kesan buruk atau negatif ialah Sekiranya masyarakat tidak menghormati dan mematuhi
            perlembagaan maka keamanan negara akan terjejas. Oleh itu, dengan kata kunci yang sama murid boleh menghasilkan
            jawapan impak positif atau impak negatif bergantung kepada kehendak soalan.

            SPM 2015 - Soalan 2 (d)
            Mengapakah Pakatan Murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat?
                                                                                                                                      [4 markah]
            Pakatan Murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat bagi menjamin perpaduan
            masyarakat yang berbilang  kaum seperti Melayu, Cina dan India agar sentiasa bertolak ansur.

            SPM 2018 - Soalan 7 (a)
            Mengapakah perpaduan bangsa diberikan keutamaan?                                                                                 [4 markah]
            Perpaduan bangsa diberikan keutamaan bagi menjamin kestabilan politik agar negara mampu mencapai kemajuan dalam
            pelbagai bidang seperti pendidikan.

            Contoh Penggunaan E-WACANA
            E-WACANA akan membolehkan murid membuat jawapan esei yang lebih tersusun. Contoh Soalan: Nyatakan syarat-
            syarat menjadi khalifah.

            Jawapan:
            Antara syarat menjadi khalifah ialah calon mestilah lelaki. Selain itu, calon khalifah mestilah beragama Islam. Di samping
            itu, calon juga hendaklah berpengetahuan luas tentang Islam. Seterusnya, calon khalifah juga hendaklah mempunyai
            akhlak yang baik. Akhir sekali, calon mestilah sanggup melaksanakan hukum Allah SWT.


            (ii)   KBAT berdasarkan Aspek Diri
                    Oleh: Shamsuddin bin Frans
                 AKRONIM                KETERANGAN                            HURAIAN / CONTOH
              A  Agama         Memperkukuh benteng  agama      Berakhlak mulia, membendung gejala sosial
              S  Sosial        Mengekalkan kestabilan sosial   Berusaha memajukan ekonomi negara, tenaga mahir
                 Sayang        Mencintai alam sekitar / khazanah negara  Memelihara dan memulihara alam sekitar
              P  Perpaduan     Memupuk perpaduan kaum          Sambutan perayaan, sukan dan gotong-royong
                 Patriotisme   Menanamkan semangat patriotisme   Sanggup berkorban, cintakan bangsa dan negara
                 Politik       Mengekalkan kestabilan politik   Menghormati pemimpin, mematuhi peraturan
                 Perundangan   Memperketat undang-undang       Hukuman yang tegas sebagai pedoman
              E  Ekonomi       Mengekalkan kestabilan ekonomi   Berusaha memajukan ekonomi negara, tenaga mahir,
                                                               meluaskan pasaran
              K  Keselamatan   Memperkukuh keselamatan dan     Kelengkapan senjata moden, ketenteraan, taat setia kepada
                               menjamin keamanan               negara
                 Kempen        Mengadakan Kempen / Promosi     Memberi kesedaran, galakan, ganjaran
              D  Disiplin      Memperkukuh disiplin diri       Tidak mudah terpengaruh, amanah, jujur
                 Daya saing    Berdaya saing                   Sentiasa berusaha memajukan diri untuk bersaing secara sihat
              I   Ilmu         Menguasai pelbagai  ilmu pengetahuan   Belajar bersungguh-sungguh, kreatif
                 Pengetahuan
              R  R & D         Buat kajian dan penyelidikan    Ciptaan baru, kreatif & inovatif
                 (Penyelidikan)
              I   ICT          Meningkatkan kemahiran teknologi   Pakar komputer, pakar pertanian, mencipta inovasi,
                                                               perkongsian pakar dan teknologi

                                                           120
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128