Page 125 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 125

(v)    KBAT Kaedah JAPASI (Jawapan Pasang Siap)
                    Oleh: Hayadi bin Guliling,
                              Kamaruddin bin Ismail,
                              Muhammad Mahadir bin Muding
                              Olivia binti Rahman

            Serbaguna


















            Panduan Penggunaan

              PERPADUAN
              ....  aspek perpaduan. Hal ini kerana melalui perpaduan masyarakat akan sentiasa mengamalkan  sikap tolong-
              menolong antara satu sama lain. Seterusnya, wujud hubungan silaturahim yang istimewa antara sesama masyarakat.
              Selain  itu,  lahir  sikap  hormat-menghormati  dalam  kalangan  masyarakat  pelbagai  kaum,  budaya  dan  agama.
              Tambahan pula, konsep masyarakat penyayang akan terbentuk. Dengan itu, negara menjadi stabil. Keadaan ini akan
              membolehkan  rakyat  menikmati  kesejahteraan  dan  kemakmuran  hidup  dalam  sesebuah  negara.  Kesannya,
              pengagihan kekayaan dan pembangunan negara terjamin.

              ILMU PENGETAHUAN / PENDIDIKAN
              ...  aspek ilmu pengetahuan atau pendidikan. Hal ini kerana, melalui pendidikan akan mewujudkan rakyat yang mahir
              dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, kecekapan rakyat dapat ditingatkan. Selain itu, lahir rakyat
              yang kreatif dan inovatif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, rakyat berusaha mencipta sesuatu
              produk baru untuk kemudahan atau keselesaan hidup. Dengan itu, imej negara semakin meningkat. Keadaan ini akan
              membolehkan daya saing negara di persada dunia semakin kukuh. Kesannya, ekonomi negara berkembang dengan
              efisien.












                                                           122
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130