Page 15 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 15

terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan

                       penting  dalam  membantu  Zahar  memasarkan  perabutnya.  Zahar

                       sendiri  juga  berusaha  untuk  mendapatkan  pasaran  luar  bagi

                       mengembangkan  lagi  perniagaannya.  Pihak  mara  juga  cuba

                       membantu  untuk  memasarkan  barangan  pengusaha-pengusaha

                       perabut  bumiputera.  Ketika  berehat  di  ruang  tamu  bersama  Pak

                       Yusuf  selepas  makan  tengah  hari,  posmen  tiba  dan  menghulurkan

                       dua  pucuk  surat  kepada  zahar.  Zahar  mendapat  dua  pucuk  surat

                       daripada  Suhaili  dan  Norimi.  Pak  Yusuf  dan  Mak  Kiah  bertanyakan

                       Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat

                       tersebut  daripada  Norimi  yang  mengatakan  akan  datang  pada  hari

                       penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.





               SINOPSIS KESELURUHAN


               Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di

               IKM  dalam  bidang  pembuatan  perabot.  Zahar  merupakan  seorang

               remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari

               untuk  mencapai  cita-citanya.  Perjalanan  hidupnya  dipenuhi  pelbagai

               konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak

               menghalang cita-citanya.  Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya

               mempertemukannya  dengan  konflik  cinta,  cemburu  dan  semacam

               dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah

               seperti  menghinanya  kerana  menyambung  pelajaran  di  IKM  dan

               meninggalkannya.  Norimi  pula  cuba  memahami  keadaannya  dan

               bersimpati  tetapi  agak  cemburu.  Dengan  keyakinan  yang  tinggi  dan

               usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan

               dan  pihak  MARA,  akhirnya  Zahar  berjaya  mendirikan  bengkel


               perabotnya sendiri.


                                                                                                        15
   10   11   12   13   14   15