Page 10 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 10

13        sengit.  Namun  pasukan  bola  sepak  IKM  Sungai  Petani  memenangi

                       perlawanan  tersebut  dengan  jaringan  1-0.  Kemenangan  mereka

                       dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan

                       pelatih  dan  tenaga  pengajar  yang  memberikan  sokongan  di  tepi

                       padang.  Pasukan  bola  sepak  Sungai  Petani  tidak  begitu  meraikan

                       kejayaan  kerana  menghormati  pasukan  lawan  sehingga  mereka

                       pulang.  Mereka  merancang  untuk  mengadakan  perlawanan

                       persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

                       Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan

                       sementara  waktu.  Semua  pelatih  gigih  membuat  persediaan  untuk

             14        peperiksaan.  Pelatih-pelatih  baharu  akan  mengambil  peperiksaan

                       asas.  Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang

                       cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah

                       berada  di  dalam  bengkel.  Tanpa  melupakan  pesanan  Cikgu

                       Baharum,  Zahar  memulakan  peperiksaan  dengan  tenang.  Hari

                       pertama peperiksaan berakhir,  Zahar berasa cukup puas hati dengan

                       hasil  kerjanya.  Apabila  peperiksaan  disambung  keesokan  harinya,

                       Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas

                       peperiksaan,  semua  pelatih  bercuti  semester  selama  tiga  minggu.

                       Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan

                       kemahiran  yang  ditimbanya  di  IKM  bagi  membantu  Pak  Yusuf  di

                       bengkelnya.


                       Kesempatan  bercuti  di  kampung  memang  menggembirakan  Zahar.
                       Apatah  lagi  keadaan  ibunya  sihat  dan  dapat  bekerja  dengan  baik.


                       Cuma  mengusik  hatinya  apabila  terpaksa  melintasi  rumah  Suhaili
                       untuk  sampai  ke  rumahnya.Walaupun  hatinya  terusik,  pada  masa


                       yang  sama  usikan  itu  menguatkan  lagi  awamnya  untuk  mengorak

             15        langkah  hingga  ke  mercu  kejayaan.  Selepas  sarapan  pagi,  Zahar





                                                                                                        10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15