Page 13 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 13
20 mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah
dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah.
Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan
tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang
memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya.
Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan
tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin
berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam
perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan
berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili
bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan bilik
dengan tergesa-gesa.
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari
kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang
merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat untuk di hantar
kerana dia tidak ada perasan untuk menulis surat. Ketika mula
21 menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih.
Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama
Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar yang
kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit
Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut
tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada
Razali.
Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita
gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar
Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu
22 mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili
13

