Page 12 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 12

yakin.  Seminggu  sebelum  bermulanya  cuti semester ketiga,  pelatih-

                       pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan

                       kepada  mereka.  Zahar  yang  tidak  banyak  kerenah  dan  sanggup  di

                       hantar kemana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran latihan

                       di  dalam  loji  di  sebuah  kilang  perabot  di  Kemunting,  Perak.  Begitu

                       juga  dengan  Ramli,  Habsah,  dan  Norimi  yang  mendapat  tempat

                       latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah

                       diadakan secara sederhana sahaja.

                       Selama  tiga  minggu  bercuti  di  kampung,  Zahar  sibuk  dengan

                       kerjanya.  Setelah  seminggu  membantu  ibunya,  barulah  zahar

                       berpeluang  pak  Yusuf  pula.  Selepas  menghabiskan  cuti,  Zahar  ke

             18        Taiping  untuk  menjalani  latihan  dalam  loji  di  kilang  perabot  Usaha

                       Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan

                       Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik

                       Manaf,  Penyelia  Unit  Pengeluaran.  Zahar  di  bawa  ke  blok

                       pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu

                       rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra

                       dengan  pekerja  kilang.    Di  situlah  Zahar  berkenalan  dengan  Razali

                       yang mengajaknya tinggal bersama-sama.

                       Suhaili  gelisah  apabila  terpandang  Zahar  dari  dalam  pejabatnya.


                       Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan
             19        Suhaili  bercampur  baur  dan  dia  berasa  tidak  bersemangat  untuk


                       meneruskan kerjanya.  Suhaili  berjalan ke bahagian Personel yang
                       terletak  tidak  jauh  dari  bahagian  pemasaran  untuk  berjumpa  Miss


                       Ooi, Ketua Unit Personel  bertanyakan tentang Zahar.

                       Setelah  dua  minggu  mengikuti  latihan,  Zahar  sudah  dapat

                       menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang. Dia

                       mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu





                                                                                                        12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15