Page 13 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 13
Kesimpulan
Makanan merupakan medium yang boleh
menyatukan masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia. Pelbagai juadah lain yang menjadi
pilihan masyarakat di Malaysia adalah roti canai,
sate, kuew teow dan banyak lagi. Nasi lemak
merupakan makanan tradisi bagi orang Melayu.
Nasi lemak pada mulanya diperkenalkan dan
digemari oleh masyarakat Melayu tetapi kini
masyarakat dan etnik lain juga turut
menggemarinya. Ini merupakan salah satu contoh
akulturasi di Malaysia. Selain mempunyai rasa
yang enak, nasi lemak juga mempunyai cara
hidangan yang menarik serta harga yang
berpatutan yang menjadi faktor utama
masyarakat dan etnik lain untuk meminatinya.

