Page 11 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 11

Nasi Lemak


                 Lambang



                 Perpaduan






                 Nasi lemak adalah contoh makanan

                 orang Melayu yang dapat memupuk
                 perpaduan kaum di Malaysia dan ia
                 patut dijadikan makanan kebangsaan

                 Malaysia. Nasi lemak bukan sahaja
                 menjadi kegemaran orang Melayu tetapi

                 turut dipelopori oleh kaum Cina, India
                 dan bangsa lain. Nasi lemak dahulunya

                 dihidangkan untuk sarapan pagi tetapi
                 pada masa kini dijadikan hidangan

                 tengah hari dan malam. Jelasnya, ramai
                 bersependapat bahawa nasi lemak atau
                 makanan tradisi selainnya mampu

                 membentuk muafakat melalui
                 perpaduan yang terjalin melalui

                 makanan.



                 Nasi lemak bukan sekadar makanan
                 semata-mata malah ia dikira sebagai

                 lambang perpaduan orang ramai kerana
                 ia seolah-olah telah sebati dengan
                 masyarakat berbilang kaum di negara

                 ini. Perkara ini sememangnya sudah
                 terbukti sekian lama kerana pelbagai

                 kaum boleh duduk semeja tanpa
                 mengira status pekerjaan malah

                 bertegur sapa untuk mengeratkan lagi
                 perpaduan yang sekian lama terjalin di

                 antara kaum di Malaysia.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16