Page 8 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 8
Cara Penyediaan Nasi Lemak
8. Tekan Butang 'Cook'
Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua
bahan tadi. Dah boleh letak di rice cooker dan tekan
butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.
Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun
pandan semua ni supaya nasi lemak akan jadi wangi.
9. Masukkan Beras
Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras
yang dah dibasuh dan ditapis tadi.
Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama
sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi tu
nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas
tekan butang ‘cook’ ya.
10. Kacau Setiap 5 Minit Hingga
Masak
Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit
supaya semua nasi sekata dengan santannya.
Buatlah beberapa kali hingga nasi masak.

